UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Menangkis fitnah Ustaz Shamsuri

Assalamualaikum wr wbth,

Semua pihak sebenarnya menghargai usaha Ust Shamsuri Ahmad. Sumbangannya juga agak besar dalam menyemarakkan syiar dakwah terutamanya di utara semenanjung. Tidak terlintas di hati sesiapa pun untuk memfitnah beliau. Apa untungnya kepada dakwah sekiranya beliau difitnah begitu. Cuma kini, terutamanya semasa dan selepas pilihanraya kecil IK di Perlis, masyarakat mengemukakan pelbagai soalan yang perlu dijawab secara amanah.Beliau bukan difitnah, tetapi beliau mendedahkan dirinya sendiri kepada fitnah. Soalan ini lahir dari mulut para peminat kuliahnya sendiri.

1. Mengapa beliau berforum di atas pentas BN sedangkan bila diajak untuk berceramah di atas pentas PAS beliau tolak dengan pelbgai alasan?

2. Katakanlah beliau dipaksa, siapa yang memaksa beliau dan adakah beliau begitu lemah sehingga tidak boleh mempertahankan maruah dirinya?

3. Pilihanraya adalah peperangan, mengapa beliau melakukan tindakan yang menguntungkan musuh dalam suasana genting sebegitu?

4. Sikap beliau sendiri yang tidak konsisten bahkan kadang-kadang seperti lalang yang ke kiri dan ke kanan bila ditiup angin atas stand pendakwah bebas? Mengapa perlu jadi pendakwah bebas? Adakah beliau takut kehidupannya terancam bila beliau dikenali sebagai orang PAS, bukan aktivis PAS?

Beliau perlu tampil dengan imej yang lebih jelas. Beliau perlu ingat yang memakmurkan semua kuliahnya selama ini adalah orang PAS. Bagaimana peminat kuliahnya ingin menerima beliau yang berforum di atas pentas yang terpampang lambang dacing sepenuh dinding di belakangnya yang dianjurkan pula oleh BN dalam suasana pilihanraya kecil...fikir dan jawablah sendiri.....

Orang Perlis






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com