UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ust Shamsuri - Perbahasan semasa

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi untuk kali keduanya saya mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai isu-isu semasa untuk renungan kita bersama. Saya tidak memaksa untuk orang lain menerima bulat-bulat pandangan yang bakal di bicarakan, tetapi cubalah kita bertafakur sebentar untuk MUHASABAH diri sendiri. Apakah kita sudah layak untuk menjatuhkan kesalahan kepada seseorang itu tanpa bukti dan saksi yang benar-benar dipercayai. Kita sibuk membicarakan perkara-perkara yang remeh temeh, padahal di hadapan kita terlalu banyak hal yang lebih besar sedang dan bakal berlaku bagi memperkotak-kotekkan Islam, samada dari mulut umat Islam itu sendiri mahu pun dari durjana orang-orang kafir laknatuLlah.

Apakah patut isu ustaz Shamsuri harus di perbesarkan padahal pelbagai isu dan propaganda untuk menjahanamkan jemaah Islam, menghina Islam, pernindasan terhadap umat Islam dan juga konspirasi terbesar dunia pada hari ini seolah-olah ingin menghapuskan Islam dari bumi yang Allah cipta ini. Kenapa perkara-perkara begini tidak kita sama-sama berbincang untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada kita demi bagi menyelamatkan Islam yang kita cintai.

Sememangnya perancangan mereka sengaja memperbesarkan cerita atau berita yang kecil bagi menutup kedurjanaan yang lebih dan amat besar yang sedang mereka lakukan. Mereka yang sedang tersepit didalam kejahilan, terpaksa mencari isu yang boleh di fokuskan untuk mengalihkan pandangan pejuang-pejuang supaya bercakar dan bertelagah sesama sendiri dan akhirnya terkulai rugi, sedangkan mereka dengan megahnya serta angkuh terus bermaharaja lela memperlekehkan Islam tanpa ditegur dan ditentang. Apakah ini yang kita mahu ?????

Strategi berdakwah kita perlulah berubah. Kita tidak mahu tanggapan masyarakat yang berterusan terhadap seseorang pendakwah. Cuba kita sama-sama perhatikan dan renungkan, apabila seorang ustaz itu bercakap tentang Islam yang sebenar/syumul (dari Al Quran & Hadith), maka ustaz itu terus di cop sebagai ustaz PAS. Dan apabila dah di cop ustaz PAS, maka segala kegiatan dan aktiviti termasuk ceramah-ceramah yang diadakan oleh beliau akan di copkan sebagai aktiviti PAS. Bagi mereka yang terlampau sensitif dengan PAS, mereka akan menjauhkan diri daripada kita. Dan mereka terus berada di dalam persepsi sedemikian selamanya. Kenapa persepsi begini boleh terjadi???? Kita perlu memperbetulkan cara kita berdakwah. Kita kena tahu siapa audien kita. Audien kita bukan semuanya penyokong kita. Sekali mereka di ketuk dengan hujah yang keras dan menyakitkan, mereka akan lari daripada kita.

Kita juga jangan cepat melatah. Kegopohan kita untuk memperbahaskan sesuatu isu menyebabkan kita senang terperangkap. Walau pun perangkap tersebut merupakan perangkap yang rapuh tetapi sekurang-kurangnya perangkap yang mereka pasang telah mengena. Bayangkan lah jika kita pergi memburu dan memasang satu perangkap Pelanduk. Tiba-tiba kita dapati perangkap yang di pasang telah mengena, walau pun Pelanduk telah terlepas, tetapi kepuasan tetap ada. Perangkap akan di pasang semula bagi memerangkap mangsa sehingga berjaya di perangkap.

Begitulah perkara yang sedang berlaku sekarang. Dalam mereka sedang sibuk menubuhkan Puteri UMNO, dan mempertikaikan kewujudan muslimat didalam PAS, maka kita pun terus terikut-ikut dengan rentak dan nafsu mereka. Akhirnya Dewan Ulama PAS telah membenarkan muslimat PAS bertanding pada Pilihan Raya yang akan datang. Apakah ini satu jalan yang bijak? Apakah suasana politik sekarang amat sesuai hingga membenarkan muslimat PAS menjadi calun didalam Pilihan Raya? Apakah kita telah lupa atau sengaja buat-buat lupa mengenai kejadian samseng dan colek di Indera Kayangan baru-baru ini? Dan apakah pula yang akan di tohmah dan di fitnah sekiranya pada Pilihan Raya nanti, tiada seorang pun muslimat PAS di calunkan? Bukankan ini akan memakan diri sendiri dan terperangkap dengan perangkap yang sedang di pasang?

Mungkin pendapat saya bercanggah dengan pendapat rakan-rakan seperjuangan, tetapi ambillah sedikit masa untuk berfikir. InsyaAllah .. jika diizinkan Allah kita bertemu lagi pada perbahasan yang akan datang.

Suriani shukur






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com