UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Berhati hati menerima berita.

Assalamualaikum,

Fed up betul rasanya membaca beberapa posting yg mengutuk Ustaz Syamsuri dlm isu hangat baru baru ini. Inilah di antara penyakit kebanyakan pengikut gerakan dakwah, malah penyakit inilah yg memburukkan nama gerakan gerakan dakwah di malaysia ini. Sedangkan Tuan tuan guru mereka tak suruh pun mereka berbuat begitu.

Penyakit yang dimaksudkan ialah mudah betul mereka menerima cakap cakap orang dan menuduh tak tentu periksa. Sedangkan, di waktu yang sama mereka marah pada insan lain yg terkena penyakit yg sama apabila melibatkan gerakan dakwah mereka pula. apa ni? Saya sangat kesal dgn mereka mereka ini yg sesuka hati menghentam Ustaz Syamsuri, sedangkan di waktu yg sama mereka mengaku pula tidak pernah mengikut kuliah kuliah Ustaz Syamsuri, ataupun tidak pula mengikut atau mendengar ceramah Ustaz di majlis anjuran bn yg dimaksudkan itu. Jadi, bagaimana mereka boleh menuduh sesuka hati. malah ada yg sampai sanggup ke peringkat mengecap 'munafiq'! Nauzubillahi min zalliq! Tidakkah mereka takut tuduhan tersebut kembali pada mereka jika tuduhan tersebut tak betul? bagus sangat kah diri mereka itu? Perasan benarkah yg diri sendiri itu dipandang oleh ALLAH? Sedangkan Rasulullah S.A.W. sendiri pun tidak pernah menggelarkan di kalangan umatnya munafiq. Baginda hanya memberi garis panduannya sahaja, tetapi tidaklah sehingga menggelarkan munafiq pada org org tertentu, walaupun nyata mereka ada salah satu sifat munafiq yg tiga itu. Siapa kita di sisi ALLAH dan Rasulullah S.A.W.?

Sebenarnya org org seperti inilah yg merosakkan nama baik gerakan dakwah. sebab, mereka sangka diri dan gerakan dakwah mereka sahajalah yg betul. sebab, ada di antara mereka yg marah kerana Ustaz Syamsuri tidak mahu menyatakan stand beliau, samada di pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. apa ni? Bukankah stand kita ialah ISLAM? Quran dan Sunnah sebagai pegangan? Itulah stand kita. Jadi, walau di dalam jemaah mana sekalipun, asal tidak lari dari Quran dan Sunnah itu tak jadi hal. Apakah org lain yg tidak ikut jemaah kita semua salah? memang benar, kita wajib berjemaah. tapi, kita ni kenal sangatkah Ustaz Syamsuri? tahu sangatkah tentang kehidupannya?

Bercakap memang mudah. sesuka hati menuduh orang tidak kuat iman, penakut dgn ugutan dsbnya memang senang. tapi, pernahkah kita sendiri menghadapinya? Selamatkah iman kita kalau kita diuji? apakah kita rasa iman kita ni kuat sangat? merasa diri hebat? Sedarlah, merasa diri sendiri hebat dan memandang lekeh orang lain adalah salah satu dpd dosa dosa besar? dan mengekalkan dosa dosa besar adalah fasiq? apakah kita rasa hebat bila tidak diuji ALLAH? Sedangkan semakin tinggi tingkatan iman seseorang, semakin kuat ujian ALLAH terhadapnya. Sebab itu Saidina Abu Bakar menangis bila seminggu tidak terkena ujian. Beliau sangat bimbang bila tidak ditimpa ujian menandakan ALLAH sudah melupakannya. Bagaimana dgn kita? Rasa selamat bila tidak diuji? Bukankah itu tanda iman kita di bawah?

Saya setuju dgn kenyataan webmaster tentang berdakwahlah walaupun di gelanggang umno, asal sahaja menegakkan yg haq dan tidak membela kebatilan. Cuma saya bimbang bila webmaster menyiarkan surat surat fitnah begini tuan juga akan mendapat saham sekali. Sedangkan semua perbuatan kita walau sekadar memetik kekunci komputer pun tetap akan ditanya di akhirat kelak. Apalagi jika musibahnya sangat besar hasil dari petikan jejari kita di komputer.

Kadang kadang kita silap bila mengata pd Ustaz ustaz yg tidak mahu mengutuk kerajaan secara terus terang. bukankah kaedah itu lebih baik? Sebab, perbuatan perbuatan mungkar tetap berdosa walaupun bukan kerajaan yg melakukannya. jadi, bermaksud siapa sahajalah yg melakukan begitu adalah berdosa. Dosa tetap dosa dan pahala tetap pahala walaupun siapa pun yg melakukannya. Yg silapnya, kita hanya nampak kerajaan sahaja yg buat, tapi tidak mahu muhasabah diri sendiri. Bukanlah kata kita mahu membela kerajaan, tapi, dalam kita mengata macam macam kemungkaran dan kezaliman oleh kerajaan apakah kita lupa pada dosa kita sendiri? Sebab, kita tidak akan ditanya akan nasib org lain tapi nasib diri kita sendiri. Lagipun, pendekatan yg begini boleh menarik lebih banyak pihak. Samada orang yg menyokong kerajaan mahupun orang yg menentang kerajaan. Sebab nawaitu kita mahu mencari ilmu bukan? Dan bukan pergi mendengar kuliah kerana mahu mendengar Ustaz tersebut mengutuk kerajaan, ye tak? Ini, tidak, kalau Ustaz tu tak mahu hentam kerajaan, boikot dia. kata Ustaz tu sokong kerajaan. apa ni? apa nawaitu kita pergi dengar kuliah? apakah hasilnya jika begitu? Dapat pahalakah pergi dengar kuliah yg nawaitunya tidak betul? Lainlah kalau terang terang ustaz tersebut memang terang terang mengampu kerajaan dan mengutuk pula usaha dakwah oleh pihak bukan kerajaan. kan kita boleh kenal manusia begini?

Akhirnya, ambillah iktibar. Jangan jadi mukmin yg tertipu dgn ibadahnya. Syaitan memang bijak menggunakan segala tipu muslihatnya. Jika tidak dapat pusingkan akidah atau mengajak kepada kemungkaran, ibadah yg ada pun akan diusahakan supaya timbul sifat sifat riak, ujub, takbur dsbnya agar terhapus amalannya seperti api yg memakan kayu. Bagi orang yg beramal dgn ilmunya, dia tahu betapa susah nak jaga hati, walaupun ibadahnya setinggi langit. Apalagi yg banyak dosa seprti kita. Dan satu lagi, jangan mudah mudah terima cerita cerita orang jika kita tidak melihat sendiri. siasatlah ke akar umbi jika mahu tahu cerita sebenar. Apalagi jika yg menyampaikan itu org fasiq. Jika tidak, biarkan sahaja di angin lalu dan jangan kita tolong menyebarkannya pula apa lagi menghentam dan mengutuknya. Kelak kita juga yg akan menyesal. Harap maaf jika ada yg terkasar bahasa. Yg baik dari ALLAH, yg jahat dari kesilapan saya sendiri. Wassalam.

SH




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com