Salam sejahtera, telah sekian lama kita tak bertemu dalam Alam Maya ini. Dengan
serangan mengila puak-puak UMCINO@BN terhadap Pembangkang serta pendokong
REFORMASI, kita bagaikan tersentak serta terkejut beruk akibat tekanan mengila
para penjilat Mahathir@Mahafiraun.
Apa yang sahih lagi tersurat, dimanakan kita selama ini yang mengaku sebagai
pendokong REFORMASI, tapi terus malap dan makin malap serta tak bermaya akibat
ditelan arus masa…????? Apakah kita tidak merasa bersalah terhadap DSAI yang
menjadi pengasas REFORMASI TOTAL di Malaysia ini. Adakah DSAI sekadar simbol
atau idola segelintir penyokong beliau…!!!! Adakah kita selama ini mengunakan
segala kesusahan serta pengorbanan DSAI serta keluarganya sekadar untuk
kepentingan peribadi kita sehaja….????? Atau kita sendiri tidak mampu untuk
mengikuti arus REFORMASI itu sendiri.
Walau berjuta soalan kita hamburkan di Alam Maya ini, namun begitu jawapan yang
tepat pasti kita tak akan temui selagi DSAI masih terus terpenjara serta diseksa
oleh regim zalim Mahafiraun. Kita sebenarnya telah memenjarakan serta menyeksa
DSAI serta keluarganya, akibat kelalaian serta sikap hangat-hangat tahi ayam
kitalah telah menyebabkan regim Mahafiraun terus mengila dengan rakusnya
menyeksa DSAI serta para pejuang REFORMASI yang kini terpenjara di Kamunting.
Kita semua alpa dengan sandiwara serta ketakutan sendiri yang telah berjaya
dicanangkan serta dilakonkan oleh penjilat UMCINO@BN. Ramai pendokong REFORMASI
terperangkap dengan SANDIWARA regim Mahafiraun yang kita akui bijak menipu serta
menyeksa rakyat marhaen. Tapi adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh serta
berkata di dalam hati sehaja dengan tindakan zalim regim Mahafiraun ini.
Adakah dengan tiadanya DEMONTRASI AMAN di Kuala Lumpur akhir-akhir ini kita
tidak mampu untuk mengerakan REFORMASI TOTAL di Malaysia ini..??? Apakah
DEMONTRASI AMAN itu perkara wajib dalam gerakan REFORMASI…atau ia adalah salah
satu ranting kecil dalam gerakan REFORMASI.
Apakah tiada jalan lain untuk kita terus mengerakan REFORMASI TOTAL di Malaysia
ini sekarang akibat serangan mengila regim Mahafiraun. Sudah lupakah anda kepada
amanat DSAI… “ Satu Anwar ditahan…berjuta Anwar akan lahir untuk memperjuangkan
REFORMASI TOTAL “…. Sebagai mana Sdr.Ezam selalu berpesan “ Satu EZAM
dihapuskan dari muka bumi ini….. akan lahir berjuta EZAM untuk memperjuangkan
hak rakyat Marhaen “…tapi dimanakah berjuta Anwar dan Ezam yang dikatakan
ini….???? Adakah ia sekadar igauan ngeri buat Mahathir@Mahafiraun....tapi ia
tidak pernah menjadi kenyataan seperti yang diharapkan oleh 23 juta rakyat
Malaysia.
Adakah kita lebih hipokrit daripada Mahafiraun….!!!! Adakah kita menipu diri
sendiri selama ini atau kita telah ditipu oleh Mahafiraun….???? Satu persoalan
yang perlu dijawap oleh kita sendiri tanpa perlu kita bertanya kepada orang
lain.
Kita lihat dalam tempoh 3 tahun ini, sejauh mana kejayaan GERAKAN
REFORMASI…..adakah ia sekadar dipingiran sehaja buat 23 juta rakyat Malaysia.
Apakah ia tidak mampu untuk merobah pemikiran minda rakyat marhaen yang sendiri
mengakui mereka telah ditindas serta dizalimi oleh regim Mahafiraun…tapi kenapa
arus perobahan ini makin malap dan terus malap tanpa terus bersinar dan makin
bersinar untuk mencapai kejayaan yang total. Kenapa anjakan paradigma rakyat
marhaen makin kendur dan lemah akibat tipu-bontan regim Mahafiraun yang makin
membesar pembohonganya.
Apakah tidak cukup bukti kejahatan regim Mahafiraun yang didedahkan selama
ini….????? Hutang Negara lebih RM 1 Trillion masih sedikit buat rakyat
Malaysia….. berpuluh orang ditahan dalam ISA itu satu tindakan wajar oleh
KERAjaan BN……DSAI diseksa serta dinafikan haknya satu kemestian serta ia
tuntutan agama Islam terhadap penganutnya…???? Sukar bagi kita mencari
jawapanya….tapi jika kita mahu ia diselesaikan pasti ada jalanya….tapi kita
memang suka dan rela dengan kezaliman regim Mahafiraun kita akan memberi berjuta
dalih serta berpeluk tubuh sehaja.
Telah lebih 1200 hari DSAI dijadikan tahanan POLITIK UMCINO@BN di Sungai
Buluh....begitu juga rakan-rakan kita di Kamunting….hak mereka membela diri
telah dinafikan oleh akta gila ISA tajaan KERAjaan UMCINO@BN. Apakah kita masih
mampu untuk tersenyum serta bergembira sakan dengan rakan-rakan kita dengan
mengorbankan kebebasan orang lain, sedangkan mereka yang ditahan ini terseksa
serta dizalimi dengan rakus oleh ragim Mahafiraun. Apakan kita sendiri memang
suka para tahanan politik serta segala kezaliman regim Mahafiraun terus mengila
seperti hari ini.
Mungkinkah kita sendiri telah putus asa dengan REFORMASI TOTAL ini…!!!!
Sehinggakan tiada lagi semangat juang dan kekuatan untuk kita terus melawan arus
mengila regim Mahafiraun. Dimanakah kata-kata keramat yang kita sematkan dalam
hati kita “ Jika takut hadapi risiko…usah bicara soal perjuangan “ (DSAI),
apakah kita sendiri tidak percaya dengan kalimah Allah swt serta Sabda Muhamad
S.A.W… “ bahawa perkara yang hak pasti mengatasi perkara batil serta kejahatan
akhirnya “. Adakah kita sendiri sudah tidak mampu untuk bersabar dengan dugaan
Allah swt yang menjadikan Gerakan REFORMASI ini sebagai perjuangan yang panjang
untuk memastikan kita benar-benar bersedia untuk menjadikan REFORMASI TOTAL ini
cukup nikmat serta bermakna perjuanganya dan ia bertepatan dengan tuntutan Islam
yang mahukan perobahan total melalui penghijrahan yang berlandaskan Al-Quran dan
Sunnah.
Hari ini 4hb.Feb.2002, DSAI kembali ke mahkamah Kuala Lumpur untuk membela
dirinya yang terinaya oleh regim Mahafiraun…..tapi mampukan DSAI diadili dengan
seadil-adilnya oleh Mahkamah Regim Mahafiraun…dan adakah secebis harapan untuk
DSAI mendapatkan haknya dimahkamah ini…!!!! Atau ia hanya mimpi ngeri atau
hakikat yang sebenarnya DSAI akan terus dizalimi sehingga akhir hayatnya akibat
dari kesilapan 23 juta rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan serta
mendokong REGIM MAHAFIRAUN.
Dimanakah kita selama ini……!!!! Apakah REFORMASI TOTAL itu kerja sia-sia untuk
rakyat marhaen….!!!! Adakah kita sebenarnya memang bodoh serta takut kepada
REGIM MAHAFIRAUN……????????????????? Jawapanya adalah pada diri anda
sendiri….tiada siapa yang boleh memberikan jawapan yang tepat melainkan anda
sendiri.
RDJU – 4hb.Feb.2002.