UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




POLIS MENJADI ALAT SURUHAN KDN

Makin hari makin mengila pihak POLIS menjadi pemuas hawa nafsu KDN yang bertuankan MAHAHAPRAK LAGI MAHAFIRAUN. KDN dijadikan batu loncatan oleh pencacai dan pembodek UMNO@BN untuk menghalalkan tindakkan luar batasan mereka terhadap rakyat marhaen dengan menjadikan pihak POLIS sebagai alat suruhan seperti seekor robot yang telah diprogramkan.

Pihak POLIS kini tidak mampu berfikir dan bertindak secara professional dalam menghadapi kemelut semasa di Malaysia ini. Serangan mengila pihak POLIS terhadap rakyat marhaen yang menolak kepimpinan UMNO@BN telah menunjukkan tindakkan terdesak pihak UMNO@BN melalui KDN untuk memastikan kuasa mutlak dan rahsia keburukan kepimpinan UMNO@BN dapat diselamatkan dari terus terbongkar.

Kita lihat senario terkini tindakkan pihak POLIS terhadap rakyat marhaen.

1) Pihak POLIS diarah memantau serta membuat senarai pendek nama-nama mereka yang menentang kepimpinan UMNO@BN.

2) Pihak POLIS diarah membuat siasatan keperingkat akar umbi penyokong BA dan membuat senarai pendek nama-nama yang perlu ditahan di bawah akta gila ISA.

3) Pihak POLIS diarah memantau talian talipon tangan serta talian tetap rumah atau pejabat pendokong REFORMASI serta BA.

4) Pihak POLIS diarah mengekori segala aktiviti serta pergerakkan pendokong REFORMASI dan BA secara individu supaya individu ini akan dicekup dengan bukti rekaan pihak POLIS atau KDN.

5) Pihak POLIS lebih banyak menghabiskan masa dalam menyelesaikan kes-kes politik dari kes-kes jenayah yang memerlukan penumpuan penuh oleh pihak POLIS.

6) Pihak POLIS kini telah dijadikan musuh oleh rakyat marhaen kerana tindakkan bodoh POLIS tersebut yang menjadikan rakyat marhaen sebagai mangsa kezaliman regim Mahafiraun.

7) Pihak POLIS bertindak tak ubah seperti seekor ROBOT yang diprogramkan tanpa mampu berfikir secara professional atau berlandaskan agama anutan anggota POLIS tersebut.

8) Pihak POLIS kini sudah tidak mampu menjalankan tugas sebagai “RAKAN RAKYAT MARHAEN” dan “PELINDUNG KESELAMATAN BAGI RAKYAT MALAYSIA”, kerana pihak POLIS telah menjadi lebih komunis dari komunis itu sendiri seperti RASYID MAIDIN yang dikatakan telah kembali kepangkal jalan.

9) Pihak POLIS kini melihat rakyat marhaen bagaikan seekor singa lapar yang tak makan 1 tahun, hanya menunggu saat terbaik untuk membaham rakyat marhaen bila ada peluang terbuka.

10) Pihak POLIS juga telah menjadi hamba-abdi kepada REGIM MAHAFIRAUN tanpa ada peluang untuk membebaskan diri mereka, melainkan pihak BA berjaya memerintah Malaysia ini…barulah pihak POLIS mampu dibebaskan dari belenggu cengkaman REGIM MAHAHAPRAK.

11) Pihak POLIS kini telah menjadi buntu dan terdesak akibat tekanan REGIM ZALIM MAHAHAPRAK sehinggakan mereka tidak mampu untuk mengelak serta bertugas mengikut perlembagaan Negara serta berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, yang pihak POLIS tahu kini adalah mengikut apa sehaja arahan KDN walaupun anak sendiri perlu ditembak mati untuk memuaskan nafsu ketua-ketua mereka.

12) Pihak POLIS kini tak ubah sebagai “ TENTERA UPAHAN UMNO@BN “ yang akan bertindak mengikut skrip arahan pemimpin UMNO@BN. Walaupun gaji mereka dibayar oleh wang Rakyat Marhaen.

13) Pihak POLIS kini adalah golongan yang paling tidak dipercayai lagi oleh rakyat marhaen. POLIS adalah musuh dalam selimut rakyat marhaen dan ia api dalam sekam yang menunggu masa untuk membakar rakyat marhaen.

Ini adalah sebahagian kecil punca POLIS telah menjadi musuh utama rakyat marhaen. Walaupun dalam hati kecil Anggota POLIS yang jujur mereka membenci segala arahan Pemimpin UMNO@BN, tetapi mereka telah menjadi buntu kerana kepala otak mereka sudah tidak mampu untuk berfikir secara matang sebagai seorang manusia yang bebas, bahawa razeki, ajal, jodoh dan segala-galanya adalah ketentuan Allah swt…dan ia bukanya ditentukan oleh REGIM ZALIM MAHAFIRAUN.

Apakah ? masih ada harapan lagi untuk rakyat marhaen memberikan kepercayaan mereka kepada PIHAK POLIS sebagai pelindung serta tempat mengadu dalam soal keselamatan di Malaysia ini…..???? Mungkinkah Malaysia ini akan terus menjadi sebuag Negara POLIS upahan UMNO@BN sehingga kiamat….???? Kini segalanya terletak ditangan 23 juta rakyat Malaysia yang dikatakan merdeka tapi terkongkong akibat tindakkan zalim REGIM MAHAFIRAUN untuk menentukkan apakah POLIS itu pelindung atau musuh rakyat marhaen.

Masa tidak menunggu kita….tapi kita perlu mengejar masa agar ia tidak disia-siakan akibat kepentingan peribadi kita sehaja, sehinggakan orang lain menjadi mangsa akibat ketamakkan serta kebodohan kita kerana terus membiarkan REGIM ZALIM MAHAFIRAUN bertindak semahunya di Malaysia ini.

RDJU – 18/2/2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com