UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




POLIS MENJADI GILA BILA BAKAR TRAK SENDIRI…????

Siapa yang GILA dan siapa yang SASAU dalam kes membakar trak POLIS di Baling minggu lepas sukar nak dikatakan…??? Tapi yang pastinya SANDIWARA TERANCANG menjadi bahan ketawa rakyat marhaen dalam tempoh seminggu dua ini.

Review Senario dan lapuran media kes di Baling.

1. Pihak Polis (PGA) telah berada di dalam kebun getah dan semak disekitar lokasi ceramah sejak awal tengah hari lagi.

2. Pihak TV3/4 telah bersedia sejak awal petang untuk membuat liputan khas ceramah di Baling (agaknya PAS telah memberi kad jemputan rasmi kepada TV3/4).

3. Pihak Polis telah membuat sekatan disemua jalan masuk ke lokasi ceramah sejak awal petang lagi.

4. Pasukan FRU dan lain-lain anggota telah ditempatkan bersebelah tapak ceramah dan dikawal rapi oleh pasukan POLIS (PGA) sejak petang lagi. Dan mengikut gambaran penduduk tempatan kawasan di mana terletaknya trak-trak FRU dan lain-lain kenderaan POLIS memang dikawal rapi oleh POLIS.

5. Polis juga telah menghalang penduduk kampong untuk ke tempat ceramah sejak awal petang lagi, tapi tak diambil peduli oleh penduduk kampung dan lebih ramai pendokong BA hadir pada malam ceramah di Baling.

6. Yang amat lucu pihak POLIS telah membakar trak buruk mereka sendiri tapi tuduhan dilemparkan kepada penyokong PAS yang melakukan pembakaran ke atas trak buruk tersebut, hairan juga ye trak buruk yang sepatutnya telah dilupuskan masih digunakan oleh pasukan POLIS di Kedah….miskin sangatkah Jabatan Polis Di Malaysia nie ye…!!!! Yang menghangatkan trak tersebut sempat dialihkan dari tempat asal ia dibakar ke kawasan yang lebih terbuka untuk memudahkan TV3/4 membuat liputan…!!!!.

7. Tapi bertambah pelik lagi ajaib tak sampai 3 minit pasukan Bomba telah berada di lokasi terbakarnya trak buruk POLIS tersebut…kira-kiranya Pasukan Bomba Baling adalah paling pantas dan cekap di Malaysia kerana pantas mendapat maklumat dan membuat tindakkan.

8. Hairan juga cuka getah boleh simpan dalam karung plastik…setahu aku la…. zaman aku kecik-kecik dulu….cuka getah ini hanya boleh disimpan dalam botol kaca aje….!!!! Tak pernah pulak atuk aku simpan dalam karung plastik macam dakwaan OCPD BALING minggu lepas..kira-kiranya karung plastik sekarang ini lebih terror dari botol kaca la…he..he…!!!!!! nantilah aku nak tanya dengan atuk aku dulu kot..kot boleh simpan cuka getah dalam karung plastik pulak ?

9. Sampai hari ini tak berani pulak OCPD Baling tu tunjukkan bukti cuka getah dalam karung plastik, senjata tajam, buuluhh….runcingggg satuu!!! bom api……!!!! buleh jugak TV3/4 dan Utusan Meloya ambil gambau…kita ramai-ramai boleh ketawa sakan tipu bontan OCPD Baling tu……keh..keh..!!!

10. Yang paling nak ketawa adalah tajuk berita media kroni “ Serangan ke atas Trak POLIS adalah dirancang dan terancang oleh penyokong PAS “…tapi yang sepatutnya media kroni tulis “ Kejadian membakar Trak Buruk POLIS adalah memang dirancang dan amat terancang oleh kebodohan Polis sendiri “.

Entah apa nak jadi Malaysia ni….. POLIS dah macam orang GILA TALAK….. memandai tak tentu pasal…. Jadi tukang fitnah pulak tu…. Kalau orang macam ASP RODWAN pakar usung tilam tu lah jadi perancangnya…. Alamat terjun tingkaplah orang lain dibuatnya…keh…keh…???? Macam mana nak percaya…!!!!.

Malang dan amat malang sekali…. Baling sekali lagi jadi saksi sekali lagi kebodohan pemerintahan KERAjaan UMNO@BN.... Kalau dulu Raja Bersiong kat sana juga cari mangsanya…..lepas tu PKM tipu Almarhum Tengku Abd Rahman……lepas tu DSAI dijadikan mangsa kerana memperjuangkan nasib orang miskin……lepas Asyahid Ust Ibrahim Libya dijadikan mangsa fitnah Mahahaprak…..kini Tuan Guru Nik Aziz pulak nak dijadikan mangsa terbaharu fitnah UMNO@BN.... Dah lah rakyat Baling telah dianak tirikan oleh pemerintah Malaysia sejak berzaman lagi kerana kemiskinan mereka…..tapi Allah swt amat mengetahui perkara terdahulu dan terkemudian….jadi ketentuan adalah kuasanya.

Baling…oh Baling kenapa engkau yang menjadi mangsa kerakusan pemimpin KERAjaan UMNO@BN......!!!! Insya Allah YB Ust Taib Azzamuddin akan menjadikan BALING satu kawasan yang paling berjaya di Malaysia ini… sama-samalah kita bangun bersama Barisan Alternatif untuk membuktikan bahawa rakyat BALING mampu bersaing di zaman globalisasi ini….pastikan anak-anak BALING bakal menjadi pemimpin Negara serta professional yang dihormati di Malaysia ini…kita nyahkan sumpah Raja Bersiong keatas bumi Baling….kerana Allah swt pasti membantu umatnya untuk berhijrah dari keburukan kepada kebaikan, Insya Allah.

Tapi jangan jadikan TIPU BONTAN KERAjaan UMNO@BN sebagai batu penghalang kepada kemajuan rakyat Baling….!!!! Teruskan perjuangan…tekad dan kuatkan diri kita supaya mantap untuk menentang kezaliman Regim Zalim Mahafiraun.

Takbir Allah Hu Akbar.

RDJU – 19/2/2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com