UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mana perginya titisan warisan darah anak Melayu?

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada pembaca LR

Mungkin ramai yang ingat pesanan laksamana Hang Tuah " MELAYU TAK HILANG DI DUNIA" Sebagai insan bangsa Melayu berpandukan kitab Al-Quran imamnya, tidak terlupa asal-usul yang mencipta kita. Dari konteks bangsa Melayu kitalah hamba Allah yang dari ciptaanNya. Oleh itu kenapa tidak kita berfikiran terbuka menilai yang siapa yang sebenar pembela dan penderhaka pada bangsa kita? Mengapa nama Tanah Melayu tidak dikekalkan sebaliknya ditukarkan kepada nama Malaysia membuat pertanyaan Malay Sia..pa. SIAPAkah yang di katakan Melayu? Adakah dari namanya atau kuasanya.

Mana perginya titisan warisan darah anak Melayu? Mahukah mereka ingin melihat hati anak kecil terbakar kerana hatinya sepi??? Ingatkah kamu lagi lagu WARISAN. Tenangkan fikiran lalu renungkan semula sejarah Melayu Melaka berpunca fitnah maka semuanya binasa. Alangkah zalimnya tanpa usul periksa laksamana di tuduh penderhaka. Sejarah mengajar kita , sejarah Tanah Melayu kembali semula mengingatkan kita mana yang benar. Dari pandangan penulis.. Hang Jebat adalah seorang pembela saudaranya tetapi malang Hang Tuah yang mendapat nama. Kalau di kupas secara halus yang berlaku dalam politik sekarang adalah sama dari sejarahnya. Kini terpulang pada saudara saudari mengkaji semula. Bagi penulis Hang Jebat ( Sdr. Anwar Ibrahim ) adalah pembela bangsa dan agama. Kita hapuskan perjuangan sundal mereka peralatkan keris Melayu sebagai kekuatannya. Teruskan perjuangan murni demi bangsa dan agama. Harapan saya saudara pembaca dapat sedekahkan surah 7 pada ruh ruh pembela bangsa dan agama kita selepas solat. Insyaalah dengan izin Allah yang terhina jadi mulia. Pada mereka yang berkesempatan bertemu Sdr. Anwar, harap sampaikan salam penulis padanya.

Wasalam
Jebat9






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com