UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Saya sokong usaha kerajaan !

Assalamualaikum!

Dulu saya salah seorang pemerhati dan pengunjung setia laman-laman perjuangan ini, timbul dan tenggelam laman pro-reformasi ini sentiasa saya ikuti perkembangannya. Namun timbul kini kesedaran untuk bersama-sama berjuang menerusi 'pedang' pena ini dan tidak sekadar menjadi penyokong dari jauh sahaja. Insya-Allah mulai sekarang saya akan memberikan input saya tersendiri untuk pengamal media ini dari kacamata saya sebagai seorang GURU, Pelajar UM dan PENGIKUT KAMPUNG.

Sekiranya kita peka dan celik sekarang ini, semua projek-projek pembangunan kerajaan telah dilabel dengan 'PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL' tanpa rasa segan dan malu bahawa bukan semua pembayar cukai kerajaan datangnya dari penganut Barisan Nasional. Tetapi saya suka melihatnya pula dari sudut yang menguntungkan kita.

Apakata bila hampir pilihan raya umum nanti ataupun bermula dari sekarang kita bersiap sedia untuk menyediakan beberapa stiker besar yang cantik ataupun kain banner yang besar dan kemas yang mengandungi perkataan "SEBUAH LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL/PROJEK BARISAN NASIONAL". Kemudian kita akan lekatkan di premis-premis perjudian, tempat pelacuran, kilang arak, projek-projek terbengkalai atau bertaraf Gajah Putih,kilang-kilang surat khabar perdana dan sebagainya lagi. Kalau perlu kita sedekahkan pula stiker-stiker atau papan sepanduk ini kepada penagih-penagih dadah yang banyak berkeliaran di lorong-lorong gelap ataupun kita pakat tampal dirumah-rumah setinggan atau rumah penduduk miskin dan dhaif diseluruh negara. Inilah semua PROJEK BARISAN NASIONAL setelah memerintah kita sejak merdeka dulu.

Biar orang ramai akan kata "Oooo..inilah Projek Barisan Nasional rupanya"

Khaskahasi@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com