UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mari kita reform kita punya reformasi !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Jumpa lagi, antara sedar atau tidak perlulah kita akui adakalanya kita lalai dan melakukan sedikit kesilapan dalam perjuangan kita ini. Sedikit kesilapan dalam wadah perjuangan yang murni ini memungkinkan hilang keberkatan dalam perjuangannya. Sebagai akibatnya, 'Jadual Kemenangan' yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada para pejuang kebenaran akan ditunda atau dibatalkan sama sekali.

Kekadang kita dengar melalui ceramah atau melalui penulisan dalam Laman-laman Pro-Reformasi ini (Webmaster harus peka!)penggunaan perkataan 'Mamak', 'Mamak Kutty' dan seumpamanya dengan bertujuan merendah-rendahkan martabat seseorang. Saya secara peribadi agak kurang setuju dan kurang selesa akan keadaan ini. Bukanlah saya seorang mamak atau pembela mamak, tetapi bukankah mereka juga insan biasa seperti kita yang beriman kepada Tuhan yang sama. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa di kalangan kita, bukan kerana sesuatu bangsa.

Bagaimana perasaan teman-teman seperjuangan kita yang berbangsa mamak atau berketurunan mamak apabila kita memperlekehkan bangsa mereka. Bagaimana sekiranya bangsa kita di hina begitulah rasanya mereka. Oleh itu adalah kurang wajar rasanya jika kita tidak bersetuju dengan tindakan seseorang kita mengaitkan bangsanya semua sekali. Bukankah sebahagian pimpinan PAS juga dari bangsa tersebut, seperti YB Mahfuz Omar, Saudara Hanipa Maidin dan ramai lagi. Begitu juga dalam pimpinan KeADILan ? Apatah lagi mereka daripada bangsa mamak ini yang baru ingin berjinak-jinak dengan reformasi kita... sudah tentu terguris dengan sikap kita ini dan kesannya, mereka akan menjauhkan diri.

Rasanya belum terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan ini, agar kemanisan dan keberkatan dalam perjuangan ini boleh kita rasai bersama...

Tak salahkan saya menegur... kalau salah perbetulkanlah saya.

KHASKAHASI






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com