UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kata nak menang...!

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan !

Seolah-olah kita sudah angkat bendera putih, seolah-olah kita habis lumpuh seluruh anggota kita… dan seolah-olah kita sudah hampir mati. Apabila mulut kita disumbat dengan pelbagai akta ubat pembuat bisu (Akta OSA, Hasutan, Penerbitan, AUKU, AKUJANJI (Engkau tak!) dsb, apabila tangan kita diikat kebelakang oleh pihak berkuasa atas arahan KERAjaan dan apabila kedua belah kaki kita dipasung dengan DEMOkerasi acuan mereka.

Puas hatikah kita apabila hanya dibenarkan untuk menggunakan mata kita hanya untuk melihat cerita-cerita TV basi olahan mereka ?, puas hatikah kita jika hanya dibenarkan untuk menggunakan telinga kita sendiri pada hanya untuk mendengar suara-suara lunak dan ancaman daripada mereka sahaja ? Jika tidak kenapa masih mendiamkan diri ? Ayuh teman-teman sekalian, ALLAH mengurniakan kita akal fikiran untuk terus kita gunakan sebaik mungkin. Kemungkaran harus kita gantikan dengan kebenaran…

Bila ceramah tidak boleh, terbit media yang bebas tidak boleh, ceramah agama tidak boleh, guna TV Radio apatah lagi… adakah ini bererti kita sudah kalah. TIDAK SEKALI ! Janganlah lemah semangat wahai teman-teman seperjuangan atau janganlah sekadar melihat sejarah yang akan berlaku ini begitu sahaja, libatkanlah diri dalam pembikinan sejarah ini …

Ayuh teman-teman seperjuangan sekalian, banyak lagi cara lain untuk kita terus 'jaringkan' reformasi ini selain dari cara-cara di atas yang telah di tutup rapat. Contohnya :-

1. Setiap pejuang sudah tentu ada sekurang-kurangnya 3 orang rakan yang 'di atas pagar'. Belanja mereka makan selalu, sponsor belikan HARAKAH atau akhbar alternative lain setiap keluaran. Kenalkan kepada mereka sedikit-demi sedikit akan perjuangan kita dan terangkan mengapa kita perlu menukar kerajaan sedia ada kepada yang lebih baik. Buatlah semampu mungkin. Ataupun kita cari orang yang kita tidak kenali tetapi kita pasti ia atas pagar. 3 orang sahaja takkan tak boleh ! Kata nak menang!

2. Photostat artikel-artikel dalam mana-mana Laman Reformasi yang menarik seagresif yang mungkin seperti yang pernah kita lakukan dulu (sewaktu awal Laman Reformasi muncul, kenapa tidak diteruskan?) Letakkan sahaja di warung-warung kopi tempat kita minum, selitkan dirumah-rumah jiran kita sekurang-kurangnya seminggu sekali, poskan kepada rakan-rakan dan sebagainya lagi. Jangan hanya beberapa kali…kena istiqamah!

3. Kibarkan semula secara meriah bendera-bendera BA di tepi-tepi jalan, atas pokok atau di rumah-rumah kita. Tunjukkan kepada mereka kita masih utuh dan semakin bersemangat dengan segala tekanan yang kita terima. Yang dah usang kita gantikan baru secepat mungkin.Jangan biarkan ia lapok atau koyak rabak dilihat orang. Ingat ! itulah panji-panji perjuangan kita. Sekurang-kurangnya semangat kita akan naik bila melihat banyak kibaran bendera BA di merata-rata tempat. Buat seolah-olah pilihan raya sudah terlalu hampir. Pastikan ia tidak mengganggu Majlis Perbandaran tau Daerah, orang ramai atau pengguna jalanraya.

4. Bergaul dan dekati 'orang-orang' umNO. Kalau kita nak jejaki pencuri, kita kena berfikiran seperi pencuri. Tak payah cerita hal politik dengan mereka, cukup selalu tanya khabar dan selalu kunjungi mereka. Insya-Allah saya yakin ada manfaatnya.

5. Beri atau pinjamkan CD-CD, kaset-kaset, majalah, buku-buku ceramah, reformasi yang kita ada kepada kawan-kawan kita. Kita kedekut simpan buat koleksi takut hilang buat apa, sebab kita sudah tentu undi BA punya, insyaAllah! Bagaimana dengan kawan-kawan kita. Ini salah satu uslub dakwah yang berkesan iaitu guna teknologi terkini.

6. Dan BAnyak cara lain lagi…

Tidak dikatakan seseorang itu berjuang sekiranya hanya beli HARAKAH baca dan tidur. Tengok Laman Reformasi, tersenyum puas dan tidur. Pergi ceramah, takbir kuat-kuat balik rumah tidur. Komplen polis, kerajaan, umNO dsb bila dah penat cakap tidur. Tak puas hati bil itu ini naik, harga barang naik, tol naik bila balik rumah tidur…Buatlah sesuatu, sekurang-kurangnya pilih salah satu di atas mengikut kemampuan kita. Ayuhlah… buatlah sesuatu, jangan hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan orang lain melakukannya. ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya.Ingat tu!

Kata nak menang…!

Ikhlas tapi jauh,

khaskahasi@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com