UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Isu Ustaz Shamsuri: Satu Lagi Mangsa Konspirasi

Saya menyokong penuh agar diHENTIkan serta-merta fitnah terhadap Ustaz Shamsuri. Saya yakin pihak musuh telah berjaya menggunakan "saluran" kita untuk menghancurkan kita.

Kalau pun benar Ustaz Shamsuri berceramah dipentas UMNO/BN itu satu rahmat. Selagi apa yang disebut oleh Ustaz Shamsuri adalah kebenaran semata-mata. Bukan senang nak bawa Ustaz yang bercakap benar di atas pentas UMNO. Begitu juga dengan Ustaz Firdaus Al-Hafiz. Kita mesti ingat Ustaz Firdaus adalah seorang Al-Hafiz. Satu title bukan semua orang boleh dapat. Agong pun tidak mampu memberi gelaran tersebut.

Jangan kita terpedaya dengan DAKYAH musuh. Tidak kiralah samada Ustaz Shamsuri diperdayakan atau dengan rela hati naik pentas BN. Saya ucapkan syabas kepada Ustaz Shamsuri kerana berani dihadapan penguasa yang zalim. Sya tidaklah mengetahui samada Ustaz Shamsuri ahli PAS atau tidak tetapi sepanjang saya mengikuti ceramah Ustaz Shamsuri melalui pita kaset, saya dapati Ustaz tidak gentar untuk menegur penyeleweng Kerajaan BN dan hasilnya Ustaz pernah dihantar "berkursus" di dalam ISA walhal Ustaz bukanlah seorang aktivis parti yang berucap dipentas2 politik. Ustaz Shamsuri sering menyebut nama-nama ulama terkenal yang perlu dicontohi dalam ceramah beliau seperti Ustaz Harun Din. Dan tidak pernah sama sekali Ustaz mengatakan Astora Jabat atau Hamid Seman sebagai contoh teladan.

Akhir sekali saya memohon agar Ustaz memaafkan kami yang sudah terperangkap dalam permainan kotor musuh2 kami. Kerana sebagai manusia kami tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Dan saya berharap kepada penceramah2 yang pernah menghantam Ustaz Shamsuri agar lebih berhati2. Dapatkan maklumat yang tepat. Jangan biarkan musuh bertepuk tangan melihat jerat sudah mengena.

Sekian.

KerisKontot






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com