UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




laman the hate groups

Assalamualaikum Sdr. Abu Jihad.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit teguran mengenai rencana "Link Menarik 6 - How Israeli Terrorism and American treason caused the September 11 Attacks" (terbitan 4 Februari 2002). Berdasarkan pemahaman saya dan senario semasa di amerika kini, laman ini dikenali sebagai "The Hate Groups". Ini berdasarkan simbol atau lambang yang digunakan pada laman web tersebut dan David Duke sendiri adalah anggota kumpulan The Ku Klux Klan. Kumpulan ini pada dasarnya anti-black, anti-colored, anti-semitism, etc. Kumpulan ini hanya mengagungkan the white man heritage.

Saya berpendapat apa saja pandangan atau penulisan yang dihasilkan oleh kumpulan ini harus dinilai secara berhati-hati. Kita pastinya tidak mahu bersekongkol dengan fahaman "the hate groups" ini yang hanya mengiktiraf "the white man nationalism".

Sebagai hamba Allah swt, kita melihat semua manusia adalah sama di sisi Allah swt, melainkan amal ibadah dan taqwa sahaja yang membezakan nilai insaniah seseorang itu di sisi Allah swt. Saya mengharapkan webmaster yang budiman tidak lagi menjadikan link David Duke sebagai rujukan mutakhir.

salam reformasi di perantauan.

........................
Terima kasih semoga Allah memberi keberkatan atas nasihat saudara - Abu Jihad






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com