UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




KUIZ SEMASA

1) Antara berikut manakah yang HARAM mengikut Ajaran Islam Mazhab UMNO?

a) Premis dan Permit Arak
b) Premis dan Permit Judi
c) Permit Ceramah PAS
d) Rasuah

2) Antara tokoh berikut yang manakah membawa kemungkaran pada pendapat Mazhab UMNO?

a) Siti Nurhaliza
b) Tuan Guru Nik Aziz
c) Astora Jabat
d) Samy Vellu

3) Yang manakah di antara pendapat berikut adalah SESAT mengikut Mazhab UMNO?

a) Undi PAS dapat pahala.
b) Hukum Hudud Tidak Adil
c) Nabi tak cukur janggut sebab tiada Gillette.
d) Kalau Hudud dilaksanakan maka habis batu nak buat jalan.

4) Apabila Umat Islam ditangkap minum arak apa yang perlu dilakukan mengikut ajaran UMNO?

a) Hukum mereka.
b) Bela orang yang menangkap mereka.
c) Bela orang yang minum arak dan malukan orang yang menangkap.
d) Haramkan arak.

5) Apabila wanita ISLAM ditangkap separuh bogel dan memperagakan tubuh, apakah yang perlu dilakukan dalam ajaran Mazhab UMNO?

a) Laksanakan Hudud ke atas mereka.
b) Pecat Mufti Yang membuat fatwa.
c) Bicara wanita tersebut di Mahkamah.
d) Bagi pingat keberanian kepada Mufti.

6) Apabila Syaitan INGIN Bersama Menegakkan ISLAM, apa harus kita lakukan?

a) Memusuhi mereka.
b) Berkerjasama dengan mereka
c) Menghalang niat murni syaitan dengan ISA.
d) Memutar belit niat murni syaitan.

7) Bagaimanakah UMNO membuktikan BUKTI KUKUH mereka?

a) Melalui ISA
b) Menolak Sapina Mahkamah
c) Bawa tertuduh ke mahkamah
d) Melalui cerita di TV dan Suratkhabar.
e) Kesemua di atas

8) Bagaimanakah UMNO menganjurkan perpaduan?

a) Dengan menayangkan Kapsul Memali
b) Dengan memperalatkan polis membakar Trak
c) Dengan Menangkap musuh politik melalui ISA
d) Dengan menukar Wang Royalti kepada Wang Ehsan.
e) Kesemua di atas.

9) Bagaimana POLIS UMNO menunjukkan kekuatan?

a) Dengan menggempur ceramah PAS
b) Menangkap warga Afrika Yang Lari dari Tahanan
c) Membelasah reformis yang tidak bersenjata
d) Melihat sahaja perusuh Indon di Nilai.

10) Siapakah yang membakar Dewan Tuanku Cancellor UM?

a) Pelajar
b) Litar Pintas
c) Puteri UMNO
d) Pemuda UMNO

11) Siapakah yang melebamkan mata Datuk Seri Anwar Ibrahim?

a) Anwar Sendiri
b) Rahim Nor sendiri
c) Rahim Nor atas arahan Mahathir
d) Siti Hasmah

12) Berapakah KOS MAHLIGAI AIRMATA Putrajaya?

a) RM16 juta kata Mahathir
b) Lebih RM200 juta kata Anwar
c) Percuma
d) Lebih dari RM150 juta kata Arkitek ARCA 3.

13) Bagaimanakah Mahathir membuktikan BUKTI KUKUH dakwaan Anwar meliwat?

a) Menolak sapina mahkamah.
b) Meminta soalan bocor dari mahkamah.
c) Melantik Augustine Paul
d) Melantik Gani Petail.

14) Siapakah yang menghina ISLAM pada pandangan Mazhab UMNO?

a) Kassim Ahmad
b) Faris A Noor
c) Persatuan Ulama'
d) Astora Jabat.

15) Kenapakah orang UMNO kata Mahathir layak ambil harta negara?

a) Sebab Malaysia ni bapak dia punya
b) Sebab kerana Mahathirlah Malaysia maju
c) Sebab Harta Negara adalah Harta UMNO
d) Sebab Kalau tak ada UMNO, Malaysia tak maju.

16) Kenapa Singapore lebih maju dari Malaysia?

a) Sebab UMNO memerintah
b) Sebab Mahathir jadi Presiden Singapore
c) Sebab Singapore ikut formula Mahathir
d) Sebab Singapore Ambil Keputusan lari dari UMNO.

17) Antara berikut siapakah yang perlu dihukum?

a) Ezam kerana mendedahkan Rasuah Rafidah Aziz
b) Rafidah Aziz kerana Rasuah
c) Azmin kerana mahu dedahkan rahsia kerajaan berkaitan rasuah.
d) Tan Sri Ali Abul yang BPR jumpa wang tunai RM100 ribu dalam drawernya.

18) Diantara berikut kenapa hukuman berbeza.

a) Sukma dipenjara setelah dipaksa mengaku diliwat.
b) Azizan tidak dipenjara walaupun secara sukarela mengaku diliwat.

19) Sila buat karangan berdasarkan tajuk dibawah

a) Kenapa permit ceramah PAS sukar dari memohon permit jual arak?
b) Kenapa pemimpin UMNO lebih sibuk mahu mengharamkan TASKI dan Ceramah PAS berbanding Arak dan Judi?

20) Kenapa Mahathir pergi Antartika

a) Mencari tapak kubur yang lebih sejuk
b) Kerana dah rasa panas di Malaysia
c) Memperhabis wang rakyat
d) Hanya Allah yang tahu.

Soalan kuiz disediakan oleh Al-Jazeera




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com