UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Wajah-Wajah Munafik

Nampaknya kebelakangan ini Islam diserang dari segenap sudut.Ia bukan sahaja diserang dari luar,bahkan dari dalam juga.Di zaman dahulu,Islam diserang dari dalam oleh kaum yang digelar munafikin.Kaum munafikin dapatlah ditakrifkan sebagai talam dua muka dalam Bahasa Melayu.Maknanya dia bermuka-muka dengan golongan Islam, dan bermuka-muka juga dengan golongan kafirin.

Contohnya dalam menegakkan hukum atau daulah Islam.Kepada orang barat, atau Amerika dan sekutunya kaum munafikin ini mencanangkan bahawa mereka tidak akan buat negara Islam,tidak akan tegakkan hukum Islam.Bahkan jika terdapat manusia-manusia yang cuba menegakkannya akan ditentang habis-habisan.

Namun bila mereka kembali kepada masyarakatnya yang anggotanya rata-rata beragama Islam mereka berkata bahawa mereka tidak sekali-kali bersama-sama dengan orang-orang kafir itu.Kami tetap beriman,kami tetap ingin menegakkan hukum dan negara Islam.

Inilah sikap bermuka-muka golongan munafikin.Dengan masyarakat Islam mereka menipu, dengan golongan kuffar pun mereka menipu.Tetapi insya'allah, Allah akan menipu mereka.

Inilah gejala yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini.Dihadapan masyarakat Melayu Islam, mereka berkata kita akan berusaha menegakkan Islam secara perlahan-lahan,bahkan sudah pun diisytihar Malaysia adalah sebuah negara Islam! tetapi dalam masa yang sama,mereka mengambil tindakan menahan dan memenjara pejuang-pejuang Islam yang pernah berjuang di Afghanistan atau di mana-mana sahaja.Mereka juga menghalang dakwah disebarkan dengan menutup taski,pasti dan apa-apa tadika yang dijangka menyebarkan perasaan agama yang ekstrim atas nama memerangi keganasan. Inilah dia wajah-wajah munafik yang ada di hadapan kita,yang amat kita kenal.

AlKundangi,
30.1.2002.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com