UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PEMBAHAGIAN ULAMA

Ulama adalah kata jamak dari 'alim yang bermaksud orang yang mengetahui.Dan maksud mengetahui di sini adalah mereka mengenal Islam itu sebagai satu cara hidup yang sempurna dengan baik dan sistematik. Sepotong ayat AlQuran yang bermaksud "sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah adalah Ulama" membayangkan bahawa kedudukan ulama itu adalah diukur atas dasar ketakwaan.

Al Imam AlGhazali membahagikan ulama kepada beberapa jenis,dan di antara yang terkenal ialah ulama dunia dan ulama ul akhirah (ulama akhirat). Ulama dunia adalah dari mereka yang mementingkan dunia, ulama yang tergoda dengan kesenangan dunia. Mereka nungkin menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan sebagai imam,mufti,hakim dan sebagainya yang sesuai dengan mereka. Ulama dari jenis ini tidak akan sanggup menidakkan arahan pemerintah meskipun ianya bercanggah dengan Islam.

Ulama Akhirat pula adalah ulama yang berpaling dari dunia ini dengan segala kemaksiatannya.Mereka lebih senang menjauhkan diri dari pemerintah,dan kebanyakannya lebih menumpukan perhatian kepada dakwah dan penyebaran ilmu terhadap masyarakat Islam.Mereka tidak mementingkan dunia,tidak menukar kemewahan yang sedikit dari dunia ini dengan ilmu mereka.Mereka sanggup mati mempertahankan Islam dari mengubah sesuatu hukum yang sudah qath'i menurut kaedah hukum Islam.Assyafei dan Ibnu Taimiyyah misalnya adalah dari ulama akhirat ini, sebab itu kedua-duanya dihormati semasa hidupnya,dan dihormati juga sesudah matinya.

Tetapi amat malang sekali pada saat ini sukar bagi kita untuk mencari ulama ul akhirah yang mempunyai pekerti mulia seperti yang digambarkan oleh maksud ayat AlQuran yang disebut di awal tadi.Kebanyakannya adalah ulama-ulama yang tidak ikhlas,khususnya mereka yang memegang jawatan penting dalam kerajaan.Ulama kerajaan ini atau Ibnu Taimiyyah menyebutnya sebagai ulama rasmi lebih suka menjadi pakturut dari menyatakan kebenaran dalam Islam.

Mereka inilah yang sebenarnya memusnahkan Islam itu dari dalam tubuh Islam sendiri.

Wallahu a'lam.

AlKundangi,
7.2.2002.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com