UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PERTEMBUNGAN DI ANTARA ISLAM DAN KERAJAAN

Ingatlah kata Nabi, suatu hari Islam dan kerajaan itu akan berpecah.Ertinya Islam menghala ke arah lain dan kerajaan pula menghala ke arah lain.Maksudnya Islam dan kerajaan akan bertentangan antara satu sama lain.Yang dikehendaki oleh Islam lain,yang dikehendaki oleh kerajaan pula lain.Umpamanya seperti sekarang ini, Islam menyuruh umatnya belajar dan belajar,tetapi kerajaan menyekat pelajaran agama dengan menutup sekolah-sekolah agama,melarang ceramah dan pengajian Islam di surau-surau dan masjid-masjid.

Begitulah juga dengan hal-hal yang lain.Islam meminta penganutnya menghormati ulama,iaitu golongan yang menjadi pewaris Nabi.Tetapi pihak kerajaan menghormati orang-orang seperti Kassim Ahmad dan Astora Jabat,yang jelas mempermainkan Islam.Bahkan Kassim Ahmad menolak Islam,yakni dengan menolak hadith sebagai salah satu sumber perundangan Islam. Kalau Kassim Ahmad tidak memerlukan hadith,cubalah laksanakan sembahyang.Apakah perincian sembahyang itu boleh dibaca dari AlQuran? Tidak perlu kepada pentakwilan hadith?. Tetapi itulah yang berlaku.Orang-orang seperti ini didengar pendapatnya oleh pihak kerajaan.Mereka yang benar-benar mengetahui Islam dimusuhi oleh kerajaan.

Inilah sebenarnya masa yang disebut oleh Nabi Saw itu,iaitu kerajaan dan Islam itu akan berpecah,tidak sehaluan lagi.Justru itu umat Islam yang cintakan Islam dan beriman dengan rukun-rukun iman dan Islam itu hendaklah mengikuti nasihat yang diberikan oleh Nabi Saw bila tiba saat-saat seperti ini,iaitu "hendaklah kamu bersama-sama Islam",iaitu umat Islam hendaklah menurut kebenaran Islam.Umat Islam tidak seharusnya menurut rentak kerajaan yang semakin hari semakin jelas memusuhi Islam.

Wallahu a'lam.

alkundangi,
17.2.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com