UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




INSTITUSI ULAMA DALAM ISLAM

Ulama adalah institusi penting dalam Islam.Di zaman Nabi,masalah ulama tidak timbul kerana Nabilah pembuat segala keputusan.Adakalanya nabi bermesyuarat bersama-sama sahabat baginda,seperti dalam satu peperangan Khandak (kalau tak silap), apakah bentuk pertahanan yang perlu dilakukan.Perkara itu dibincang bersama-sama.Hal ini menunjukan salah satu dari tabi'i pemerintahan Islam, iaitu, ia bukan otokratik dan sebagainya,tetapi diputuskan oleh mesyuarat,atau pun dalam istilah Islam dipanggil Syura.

Di zaman sahabat, masalah ulama juga tidak timbul,kerana sahabat adalah pakar-pakar dalam bidang Islam,kerana semuanya bertaraf sahabi-sahabat- iaitu mereka yang hidup sezaman dengan Nabi, di mana mereka menyaksikan Wahyu turun,hadith-hadith diriwayatkan,hukum-hukum ditetapkan, di mana para sahabat dapat belajar secara langsung tentang Islam.Tidak timbul percanggahan, yang ada hanyalah perbezaan pendapat,dan perbezaan itu pula tidak membawa kepada perpecahan.Perbezaan pendapat di awal Islam adalah rahmat,seperti yang disebut dalam hadith Nabi yang bermaksud ;perbezaan umatku adalah rahmat.

Insitusi ulama penting selepas zaman sahabat,kerana merekalah yang menggantikan kedudukan Nabi dan para sahabat dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan segala permasalahannya.

Walaupun kadangkala ulama bercanggah dengan pemerintah,tetapi mereka tidak dicaci oleh rakyat terbanyak.Bahkan Ibnu Taimiyyah misalnya sekalipun lebih banyak berada di penjara akibat percanggahan pendapat dengan pemerintah,tetapi beliau tetap dihormati,majlis-majlisnya dihadiri oleh beribu-ribu orang.Kematiannya diiringi oleh ribuan manusia yang menghantar jenazahnya. Demikian ulama mendapat penghormatan,sekalipun mereka mungkin tidak selari dengan pemerintah.Begitulah juga dengan AlGhazali misalnya,dia dihormati oleh masyarakat Islam, walaupun ada yang tidak bersetuju dengannya.

Tetapi hari ini, jika seseorang ulama itu bercanggah pendapat dengan pemerintah,mereka bukan sahaja dikritik,disanggah, tetapi pemerintah seolah-olah cuba mengasingkan beliau dari masyarakat terbanyak,di samping melemparkan tohmahan bahawa,pendirian ulama berkenaan bercanggah dengan Islam,bukan dengan pemerintah. Walhal keadaan yang sebenarnya ulama itu bercanggah dengan pemerintah, bukan dengan Islam. Keadaan inilah yang melanda umat Islam kini, yang menyebabkan institusi ulama itu dikritik dan dicaci oleh puak pemerintah dan mereka yang sehaluan dengannya.Ulama tidak lagi dilihat sebagai benar,walaupun mereka mewarisi ilmu nabi-nabi,tetapi mereka dilihat sebagai musuh negara, apabila pendapat dan pendirian mereka bertentangan dengan kerajaan.

Jadi,soalnya siapakah yang telah merendahkan,mencaci dan menghina institusi ulama, adakah ulama itu sendiri atau pun puak pemerintah?. Lalu kenapa pula menyalahkan kaum ulama kalau mereka tidak dihormati lagi, atau mereka tidak bekerjasama dengan pemerintah,kenapa ulama itu dimusuhi. Demikianlah institusi ulama hari ini,yang sebenarnya mereka tetap dengan ilmu mereka,tetapi puak pemerintahlah yang sebenarnya memusuhi mereka lalu menyalahkan kaum ulama yang tidak peka dengan kerajaan,tidak prihatin dengan soal pembangunan, dan sebagainya. Puak pemerintah sepatutnya harus mengintropeksi diri mereka sendiri, kenapakah mereka tidak mendapat sokongan dari kaum ulama,kenapakah ulama menjauhkan diri dari mereka.Mereka tidak seharusnya mengkritik dan mencaci ulama,jika ulama menjauhkan diri dan enggan bekerjasama dengan pemerintah.Ini adalah jalan yang paling baik untuk meredakan krisis di antara ulama dan pemerintah, atau di antara ulama dan umara.

Wallahu a'lam.

alkundangi,
25.2.2002.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com