UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




ULASAN BUKU :KONSPIRASI BARAT TERHADAP ISLAM & DUNIA-DR ILYAS HARUN

ASSALAMUALAIKUM WBT:

Saya ingin mengulas buku ini, kepada yang belum membacanya saya rasa satu keperluan untuk menyuluh diri. Komitmen kita terhadap Islam seluruhnya.Saya memohon izin kepada Dr Ilyas Harun untk membuat beberapa petikan daripada buku ini sebagai huraian.

Terjerat leher juga apabila mula membaca Perkata buku ini. Apa tidaknya pada muka 'v' para 2 baris 12, ia menyentuh politik dan agama:

"Mereka mendakwa bahawa agama dan politik tidak dapat di pisahkan di antara satu sama lain. Kepada mereka, agama itu way of life, termasuklah politik."

Dihalaman lain ialah muka surat "vii",, para 1 baris 3: "Agama yang di bawa oleh Jesus Christ (Islam:Nabi Isa).

Sesungguhnya kalau sekali pandang, ayat ini mengerunkan. Akan tetapi setelah membacanya lembaran demi lembaran, sampai tamat, pada hemat saya para pendokong Daulah Islamiah mesti memilikinya. Cuma petikan ayat di atas adalah sebahagian daripada intipati isi kandongan buku ini yang menerangkan secara detail mengenaai Kristian.

Sesuai dengan tajuknya, buku ini menggambarkan kelalaian umat Islam masa kini, yang mendakwa mereka mendaulatkan Islam yang berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Sebaliknya apa yang sebenarnya terjadi ialah umat Islam masa kini sedang tenat terjajah. Dari semua segi aspek kehidupan.

Jesteru itu pengarangnya Dr Ilyas Harun terus bertanya di halaman 214 yang meninta sebuah jawapan dengan harapan buku ini akan dapat menjadi pembuka minda bagi orang-orang Melayu yang beragama Islam supaya sedar dari lena atau tertidur atau lupa akan tanggong jawab diri terhadap agama Islam. Agama Islam yang kini terjajah dengan pelbagai ideologi dan perang psikologi dari Barat dan Kristian yang membuat otak kita membeku, kaku, pasif dan sempit pemikirannya. Lihat ms 218 para 3:3.

Persoalannya, apakah setelah kita membacanya kita akan berubah? Sama ada kita dengan sendirinya bergerak untuk berubah atau kita akan menajdi pasif berterusan untuk di gerakkan, jawapnya terletak di atas kesedaran dan keinsafan sera tanggong jawab kita sebagai seorang Islam.Disini pengarang menyedarkan kita akan bahayanya pihak Barat dengan ideologi Kristiannya terhadap dunia Islam apatah lagi yang miskin. Malah Barat terus mengumpan negara-negara Islam supaya membunuh rakyatnya sendiri demi untuk kepentingan sendiri, korni dan sebaginya.Disamping itu menjadi pendalang supaya negara Islam bertokak dan berperang sesama sendiri. Mesejnya jelas. Iaitu selama mana kita mesti menjadi bandut Barat untuk sebuah keperluan di dunia? Kita tidak akan dapat apa-apa sekiranya kita tidak melakukan perubahan secara drastik, jika mahu melihat ke arah identiti Melayu dan Islam sebenarnya. ( ms 211 para 2 ). Dalam lain perkataan kita tidak boleh melakukan perubahan ini sambil lewa. Lebih dari serius, tekun dan rajin, sekiranya kita tidak mahu terus melihat sekularisma ala Kristian terus meresapi ke dalam kehidupan umat Islam kini.

Apakah silapnya kita orang Melayu yang telah Islam, sejak 600 tahun lalu masih tidak tersadar dengan corak dan agenda pemerintahan Barat walaupun di negara kita banyak terdapat masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah agama disamping mempunyai ulama dan pemimpin tertinggi di dalam bidang agama, politik dan sosial. Dimanakah realiti perjuangan hidup kita sebagai seorang Islam.

Bagaimanapun kesimpulannya, buku ini amat berguna bukan sahaja sebagai pembuka minda, malah lebih dari itu telah mengupas dengan rapi dan agak terperinci topik-topik yang di sentuhinya. Terutama serangan Barat terhadap penjajahan minda Islam, siapakah negara Islam yang mengamalkan sekulirsma Barat, hamba kepada kepimpinan yang zalim, rakus dan diktator. Kerana melalui peperangan, Barat tidak akan dapat mengubah seorang Islam supaya angkur, tunduk dan patuh kepada rencananya, oleh yang demikian Barat dan Kristian telah mencari pendekatan lain untuk memusnahkan umat Islam. Mereka sedar penghapusan umat Islam itu tidak dapat di laksanakan hanyalah kerana ia adalah seorang yang Islam.

Olehitu buku ini cukup baik sebagai menambah pengetahuan dan langkah-langkah untuk berdepan dengan popaganda Barat. Selamat membacanya dan berubahlah untuk kemajuan umat Islam seluruhnya.

WASSALAM.

laduniseven.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com