UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SIAPA SEBENARNYA PENENTANG AGAMA DAN PEMBANGUNAN

ASSALAMUALAIKUMWBT:

Berucap di WEF New York, dimana pada ketika yang sama, penunjuk-penujuk perasaan berarak menentang segala globalisasi, ekonomi dan kekayaan serta peperangan di dunia ( tuu pun tak sedar)hanya untuk kepentingan puak-puak tertentu seperti Dr Mahathir, Dr Mahathir Mohamed terus mencela ulama dan menuduh kumpulan menentang pembangunan di dalam Islam sebagai menolak ilmu yang tidak ada kaitan dengan Islam. ( UNTUK INGATAN : beliau di iringi oleh si pelayar Mansor yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri ). Lantas menempelak puak-puak inilah yang mengganggu peroses pembangunan.

Berucap di atas tajok "PERANAN ISLAM DALAM NEGARA MODEN", kita perlu bertanya yang bercakap mengenai tajok tersebut itu siapa? Sejauh mana ilmu dia tentang Islam, sejarah Islam dan lain-lain yang ada kaitan tentang Islam.

Kemudian dia mengambil contoh apa yang dia telah lakukan terhadap ulama dan orang Islam di Malaysia yang menjadi penentangnya.

Sebenarnya beliau sendiri yang tidak faham tentang Islam dan peranan seorang ulama. Malah Islam itu sendiri merangkumi segala bidang keilmuan termasuk sains, yang terakhir kini sarjana-sarjana Barat menemui kaitannya dengan kehidupan manusia yang di terangkan di dalam Al-Quran. Contohnya darah akan hanya masok ke otak ketika sujud!

Untuk itu tangkapan beliau iaitu menolak ilmu yang tiada kaitan dengan agama adalah tidak boleh di pakai.Sejarah telah membuktikan kemusnahan pemerintahan Islam terdahulu, banyak ulama dan kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu dan Islam telah di musnahkan. Malah seni pembinaan Islam melambangkan satu keunikan di dalam Islam yang sekali gus menyangkal pendapat beliau bahawa Islam itu menolak pembangunan.

Tidak perlu saya mengambil contoh lain dengan lebih terperinci kerana kita telah sedar Dr Mahathir hanyalah memenui agenda Barat dalam mengukuhkan kuasanya sebagai negara sekular. Sebaliknya kita perlu bersedia untuk menghadapi segala tekanan Barat dan Kristian yang setiap saat cuba untuk memusnahkan Islam daripada muka bumi ini. Dengan itu mereka mengujudkan segala bentuk kekacauan untuk tidak memberi kesempatan kepada dunia Islam kembali bertapak.

Keduanya kita perlu ingat bahawa kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Tugas kita adalah untuk mempertahankan Islam tersebut sebelum kita semuanya kembali kepada Allah SWT. Oleh itu dia janganlah suka cakap sesuka hati. Sebenarnya Dr MAHATHIR MOHAMED lah penentang Islam yang takut akan kehilangan kekuasaan, maka dia menuduh ulama kita (INGAT ADA DUA ULAMA DI MALAYSIA : yang satu baru saja jadi Pensyarah di Kolej Martikulasi, Kepala Batas dan telah naik di atas pentas UMNO di IK, dengan mengatakan kalau semua duduk dalam PAS siapa nak tarik yang duduk di dalam UMNO? ), sebagai ulama politik dan penentang ilmu dan pembangunan.

WASSALAM

laduniseven






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com