UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




42 PAS MASUK UMNO DI PAYA KELADI???

Assalammualaikum wbt:

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi terhadap penjelasan Tok Perang mengenai isu Ust. Shamsuri. Dengan ini terhindarlah kita daripada di tuduh membuat fitnah terhadap Ust Shamsuri sepertimana permintaan Cucu Refomasi yg meminta kita untuk berdiam diri. Pendirian saya adalah jelas, yang saya mengambil iktibar dari cerita ahli sufi teragong iaitu Hassanul Basri. Walaupun kepalanya hendak di pancung oleh pemerintah yg zalim, namun dia tetap teguh untuk menegakkan dan mempertahankan Islam jika kita hendak bandingkan pegorbanan Ust Shamsuri tersebut. Bagi saya Ust. Shamsuri bukan lah seorang yg berwibawa sebagai seorang tokoh Islam yang perlu jadi ikutan. Pokoknya UMNO melihat dia mempunyai banyak pengaruh dan inilah masanya untuk menghancurkan pengaruh Islam di M'sia yang semakin kukuh. Oleh itu tidak perlulah kita berpanjangan di dalam isu ini kerana seorang pejuang Islam tidak akan mudah terpancing dengan apa jua bentuk kesenangan di dunia.Dan saya bermohon berbanyak-banyak maaf sekiranya terdapat kesilapan dan saya rela di tegur dan di nasihati serta perlukan bimbingan demi sebuah kebaikan.

Berbalik kepada tajuk di atas, telah hiboh di Sungai Petani, 42 orang ahli PAS tulin membubarkan cawangan mereka di Permatang Tinggi'C', Paya Keladi, Kepala Batas dan menyertai UMNO. Borang penyertaan ahli UMNO sepatutnya di serahkan kepada Pak Lah pada Sabtu 9.2.02 lalu, tapi telah di tangguhkan ke satu tarikh yg lain.

Puncanya kerana pentadbiran dan pengurusan kewangan yang tidak betul. Ini termasuklah bayaran gaji guru-guru PASTI yang tidak teratur. Cawangan yang begitu aktif di dalam pelbagai program aktivitinya tiba-tiba di bubarkan begitu saja. Apatah lagi terdapat dalang yang memainkan peranan.

Yang peliknya takkan lah Pak Hamdan tidak tahu menahu hal ini. Di tinjau daripada teman-teman yang rapat tidak terdapat apa-apa maklumat mengenai pembubaran tersebut. Lantas saya bertanya diri sendiri, apakah begitu jumudnya kita sehingga sanggup membubarkan cawangan dek hanya pengurusan yang tidak cekap dan tidak betul? Apakah begitu lemahnya kita yang rata-rata ketika ini di dokong oleh ahli-ahli yang matang dan berilmu? Tak kanlah kerana segelintir ahli yang tidak dapat mernjalankan pentadbiran dengan licin lantas cawangan perlu di bubarkan. Tidak adakah alternatif lain sekurang-kurangnya membuat perlantikan semula terhadap Bendahari yang tidak buat kerja? Apakah sebenarnya di sebalik motif ini?

Kepada semua yang mengetahui, di harap dapat memberi penjelasan walaupun kita ketahui ini adalah trend dalam UMNO membuat publisiti murah.

Walau apa jua pun saya akan berjalan untuk meninjau ke seluruh kawasan dengan kerjasama semua cawangan dan kawasan bagi memantau benda-benda seumpama ini, iaitu pengurusan yang cekap dan betul. Oleh itu sesiapa yg berminat dan mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk menyertai saya bolehlah menghubungi saya di email saya seperti di bawah. Perkara yang saya ingin sentuh ialah:

1. Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan.
2. Penyelenggaran Komputer.
3. Penerangan dan dakwah.
4. Khidmat Masyarakat.
5. Talks
6. Tabung derma.

Perbelanjaan adalah sendiri atau atas dasar muafakat.

WASSALAM.

laduniseven@yahoo.co.uk






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com