UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PERISTIWA KG BOX

ASSALAMUALAIKUMWM WBT;

Ternyata serangan media BN rapat menghentam PAS dari pelbagai sudut dengan alasan melanggar undang-undang berceramah tanpa permit. Pak Lah pula menabik dada bahawa permit untuk berkumpul akan di perketatkan lagi yang mana kuasa mutlak untuk kebenaran berceramah adalah di tangan Pak Lah sendiri bukannya Polis.

Seawal jam 2.00 petang polis telah mengambil posisi stratijik berdekatan dengan pentas di Kampong Bok, Bukit Selambau, dekat KUala Ketil. Dengan jalan pintas yang sejauh 400 meter, kedudukan polis yang telah membuat kubu, tidak mungkin orang awam dapat membolos atau untuk mendekati sebarang kenderaan dan peralatan mereka.

Sekali lagi Polis telah membuat provokasi mengatakan rakyat membakar trak dan membaling asid sedangkan ketika peristiwa tersebut trak itu di dalam kawalan pihak polis sepanjang masa. Yang peliknya trak itu tidak pun terbakar sepertimana yang di dakwa malah kain bumbungnya itu pecah-pecah macam kenaa asid lama. Bayangkan polis mengatakan air asid bergantongan dalam plastik di pagar, sedang kami yang berada di situ dan menyangkut baju ketika bersembahyang, tidak ada satu pun plastik berisi asid. Logik akai kalau asid di taroh di dalam bag plastik, bukan saja palastik tuu akan hancur, apa jua yang alah dengannya akan musnah. Tak cerdik Polis nii nak buat tuduhan.

Tempat berceramah pula seolah-olah telah di atur oleh Polis supaya tidak mengganggu orang-orang UMNO yang kelak senang lah mereka untuk membuat tindakan.Nun jauh ke dalam kebun getah, kalau orang ramai nak bertindak, amat mudah sekali, dalam keadaan kering kemarau, yang datang untuk bermuzakarah kerana pihak polis mengenakan syarat tidak boleh berceramah politik kecuali memberi taklimat. Seramai hadirin sebanyak 15 ribu orang, kita masih siuman dan patuh kepada undang-undang.Fikirlah sikit!

Nak bagi tahu Polis bahawa Tuan Guru itu bukan saja se orang ULAMA bahkan seorang Menteri Besar, Kepala Pemerintah bagi sebuah Kerajaan Negeri! Amboi sampai sudah tidak ada rasa hormat lagi kah kepada se orang Kepala Negari bahawa dalam apa jua seorang Menteri Besar juga mempunya hak dan kuasanya. Jangan lah terlalu ego dengan kuasa mutlak hampa walau pun hanya kerana terpaksa untuk menjalankan tugas. Tapi hormatlah sikit. Tuan Guru baru saja membuka mukadimah dan apabila pintu pagar telah di tutup terus kamu bertindak. Kemudain setelah lampu terpasang kamu semua terus menembak pemedih mata! Binatang pun ada haknya di sisi Allah SWT inikan manusia!

Nak bagi tau lagi kami tidak perlukaan nasi bungkus, kursi empuk, kipas angin, bas free dana wang saku dan lain-lain apabila nak menyambut pemimpin. Yang kami nak ialah hak kami bersama pemimpin kami. Kami patoh segala syarat kamu waima diatas Gunung Jerai sekali pun kami akan sampai. Tapi jangan lah segelintir daripada kamu menghina Tuan Guru kami, menghina bangsa kami, bahawa ketika aku menyaksikan orang-orang Mahatir Mohamed menguruskan bomoh Siam, Tok-Tok Sami dari Thailand dan yang membawa patong-patomg emas kepadanya untuk menentang Saudara Anwar, ketika itu Allah SWT telah menjelaskan kepada aku betapa hakikat seorang yang munafik macam Dr Mahathir Mohamed yang kununnya tidak menentang ulamak? Fikir lah wahai Polis kalau kamu siuman dan kalau kamu seorang Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya!Sesungguhnya di antara kamu ada jua hamba Allah yang berhati mulia dan itulah yang terjadi pada malam itu.

Perlu di ingatkan kepada semua, tempoh bercuti Dr MM di luar negara sudah menjadi ketagih baginya untuk menggerakkan sesuatu dari luar sepertimana yg telah terjadi kepada Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim yang berkesudahan dengan sebuah trajedi hitam. Apakah taktik yang sama akan di lakukan kepada kedua- dua Tuan Guru kita? Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dan di beri keselamatan sepanjang masa.

Bagi guru dari Pattani yang sentiasa memandikan beliau dua bulan sekali takutlah kepada Allah dan takutlah akan azabnya. Ingatlah kekita 100 orang ulama Pattani yang menjadi korban, mereka menjadikan sesama Islam untuk memusnahkan orang Islam yang lain. Menafaatkan ilmu mu yang berguna ke jalan yang baik dan yang di redai Allah dan hendahlah bertolong tolongan kepada kebaikan dan menegah akan kemungkaran.

WASSALAM.

laduniseven.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com