UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BANTU DAN SAYANGLAH TRANGGANU KELANTAN

ASSALAMUALAIKUMWM WBT;

Sebagai menjawab kepada persoalan Jebat9 dan saudara Iskandar A.Samad, pemerintahan UMNO dan BN kini cuba menghilangkan identiti kemelayuaan. Saya berhujjah di atas fakta dan bukannya untuk menimbulkan apa-apa isu perkauman yang pada hakikatnya kini, kita mesti hidup bersama dengan semua kaum setelah hak kita telah di londeh satu persatu.

Siapakah yang sebenarnya yang menjadi petualang kepada bangsa Melayu kalau tidak UMNO itu sendiri! Dato Onn Jaafar telah membuktikan ( lihat Sejarah Hidup Dato' Onn Jaafar - Ramlah Adam , Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu- Ibrahim Mahmud, Negara Kita - INTAN, Pengajian Malaysia - Nasaruddin Md Jani dll, R.O Winstred dan rujukan yg berkaitan bangsa Melayu )yang UMNO lah parti yang telah menjualkan bangsa Melayu kepada penjajah Inggeris, dengan di bantu oleh penaklukan Inggeris ke atas Raja- Raja Melayu.

Ketua Pemuda UMNO saudara Hishamudin Tun Hussaein Onn hendaklah sedar, bahawa Dato' Onn Jaafar sampai sanggup jual nasi lemak dan menjadi nelayan demi untuk sesuap nasi, di hina dan di pinggirkan hanya mempertahankan hak orang Melayu. Menentang Jusoli dan Suruhanjaya Ried. Perlembagaan Tanah Melayu yang ada kini juga adalah hasil draf beliau yang telah di cedok oleh UMNO. Kemana nak hilang segaLA FAKTA INI kalau Negara Kita INTAN, menggambarkan seolah-olah bangsa Melayu itu tidak ujud. Manakala dalam Pengajian Malaysia mengatakan bangsa Melayu menganggapkan Tanah Melayu ini tanah tumpah darah mereka sesuatu fakta yang lucu dan geli telinga bagi ku sebagai bangsa Melayu!

Di lihat dari sejarah pembangunan kerajaan BN, yang mendapat keuntungan dan faedah besar siapa dia? Kita bukan cuba untuk mengungkit atau hendak memainkan isu sentimen perkauman, tapi kita nak minta bangsa Melayu itu sendiri, pergi kat cermin dan lihat muka kalian adakah aku ini bangsa Melayu! Yang UMNO nak mempertahankan hak ketuan Melayu itu di mana? Habis hak Melayu di jual dan di perkosakan semahu mahunya!

Kita perlu sayang dan bantulah negeri Trangganu dan Kelantan. Allah SWT telah meletakkan hakikat ini supaya kita berfikir kembali siapa diri kita, sekurang-kurangnya ada negeri dan bumi hak Allah ini terus tegak dengan Islam sebagai teras dan pegangan hidup mengikut Al-Quraan dan Al Sunnah!

UMNO dan Parti Perikatan, sejak dulu lagi telah mengabaikan tanggong jawab mereka terhadap pembangunan rakyat bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PAS dan Parti Negara, menyebabkan kedua-dua rakyat di bumi tersebut hidup merempat di bumi sendiri, mahu tidak mahu berpindah keluar untuk mencari rezeki bagi apa yang telah kita capai sekarang ini. Sebaliknya kamu tidak sedar bahawa kamu sekelian telah hidup di luar, mewah, sampai lupa akan kesusahan lalu; lalu kini cuba menindas bangsa sendiri dengan pujuk rayu, cemuhan, wang dan pelbagai acuan pancingan. Malah hak rakyat Trangganu dari perolehan proteleum dan gas di rampas di katakan sebagai wang ikhsan. Saya menyeru supaya di segerakan tindakan Mahkamah supaya hak ini di kembalikan kalau tidak pun ada mempunyai fazilat yang tersembunyi oleh Allah SWT untuk kita jadikan renungan, iktibar dan pengajaran.

Sedarlah sejak 1819 apabila Raffles mengaturkan perjanjian dengan Belanda di mana Singapura kekal sebagai tanah jajahan mereka bersama Melaka dan Pulau Pinang sebagai negeri-negeri Selat, maka hak Melayu telah bertukar tangan! Yang nii kah UMNO yang di katakan pembela bangsa dan negara! Mereka tidak bersetuju dengan Dato Onn Jaafar hanya kerana meminta supaya di merdekakan terlebeh awal bersama Indonesia atau selepas 1965. Satu usul yang tidak logik bagi saya sendiri untuk memerdekakan Tanah Melayu di bawah Indonesia Raya dan ini kita boleh terima. Apakah kita tidak mahu melihat ini sebagai satu hakikat "kefairness" bahawa salahkah Kelantan dan Trengganu kini di perintah oleh orang Melayu?

Kita perlu menghukum UMNO kerana hilangnya Singapura! Pulau Pinang hampir menjadi mangsa yang sama apabila hak tanah orang Melayu di ambil satu persatu di bawah pemerintahan Lim Chong Yu. Melayu Pulau Pinang kini apa yang ada! Yang tinggal hanyalah sedikit di Balik Pulau dan Seberang Perai. Untuk menghiburkan hati yang luka orang putih melalui peranakaan Kling menyuruh kita mendodoikan boria. Syok! Lupa akan segala kerunsingan dan beban yang ada.

Betapa pada satu ketika dalam siasatan pengambilan balik tanah di kawasan atas pada Island Glades ( nama saya lupa ), terdapat satu kumpulan keluarga Melayu yang belum di pindahkan. Projek apartment mewah telah naik, namun mereka ini belum di pindahkan kerana tidak ada tempat untuk pergi. Saya dengan berlinangan air mata tidak dapat menjalankan tugas melihat keadaan keluarga ini, yang seramai 17 orang, dari yang tua Tok Wan lelaki umur 76 dan yang se kecil umur 3 - 4 tahun, duduk di dalam bangsal yang kalau di Kedah atau di sebelah Seberang Perai ialah bangsal lembu dan kambing. Bayangkan 17 orang duduk sekali dalam bangsal tersebut.

Peristiwa lain tanah bergeran di Telok Air Tawar, yang hendak di jadikan Navy Base, dekat Masjid Lama Telok Air Tawar. Apa jadi sekarang! Ibrahim Saad Mr 10% ambil tanah depan itu buat dewan. Dan tanah yang sekarang ini telah jadi projek apartment Bank Persatuan dulunya hendak buat jalan ke dewan tersebut.Dimana realitynya UMNO dan kerajaan BN membangun bersama rakyat, sedang tanah tol di kawasan Bagan Ajam dan Bagan Jermal tidak di sentuh hanya kerana di situ kurangnya penduduk berbangsa Melayu. Begitu juga di Pengkalan Weld. Malah dewan yang telah siap lama kurang berfungsi. Ini Dr Helmi, nak bangunkan tanah wakaf.

No satu kita nak tanya tanah wakaf dari segi istillahnya. Bila kita dah faham dari segi istillahnya kita fahamlah pasai apa orang Melayu mewakafkannya! Dulu saudara Anwar telah mencanang hal ini sampai tanah di Simpang 6 Penang Road, menjadi lambang kejatuhan saudara Anwar. Saudara Anwar hero kepada persoalan tanah Melayu Tanjong To'Kong, menjadi korban UMNO di mana penduduk yang di bawa masuk ke dalam perpindahan perumahan UDA tersebut bukan saja orang Tanjong To' Kong tetapi juga orang India, orang Cina yang di tanyakan macam mana dapat ini flat? ....Oooo... saya MIC dan MCA kasi! Sampai tanah perkuburan Islam pun telah payah untuk diuntukkan, ini Helmi dengan senang lenang nak membangunkan tanah wakaf!

Peristiwa lain ialah Masjid Benggali Jalan Lieth dan Masjid Mamak di Jalan Kelawai ( ada sebuah Masjid Melayu Syed di Jalan Kelawai ). Bukan saya nak ungkit. Mereka cuba menghalau Masjid Lieth dekat simpang Chulia Street dan Penang Road. Tak mahu pindah depa buat pelbagai cara dan buat bangunan untuk di jadikan Night Club di sebelahnya. Batu asas yang asal di cabut dan di buang. Geran dan surat cara lama pemberian tapak tanah tersebut kepada Masjid hilang dokumennya di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang. Salinan dokumen tersebut yang di serahkan kepada Pejabat Agama Islam Pulau Pinang juga boleh hilang. Mujur ada simpanan pada AJK Masjid tersebut untuk menjawab tuduhan di Mahkamah! Kerja siapa? Kerja siapa kalau tidak kerja bangsa Melayu yang tak takut kepada Allah SWT sampai hak Masjid pun sanggup di lakukan! Saya menyaksikan hak ini dan saya akan menuntut hak ini di akhirat nanti kepada sesiapa jua yang sanggup melakukan khianat ini, mereka boleh lepas di dunia tapi mereka terpaksa menjawab kepada saya di akhirat kelak. Insyaallah!

Begitu juga bila pejabat agama Islam di perbodohkan oleh seorang peguam India mengenai milik kosong tanah perkuburan di Masjid Mamak di Jalan Kelawai dekat Gurney Drive. India ini pandai dia tulis surat dekat Majilis Agama Islam meminta hitam putih boleh tidak kubur orang Islam di pindahkan. Jawab Majilis Agama Islam P.Pinang boleh. Dia tak huraikan tanah mana yang dia maksudkan. Tau tau bila benda ini timbul di Mahkamah dan dia tunjuk surat dari Mufti bahawa kubur ini boleh di pindahkan, jadi dia kata Masjid telah menceroboh tanah dia, sedangkan dia buat apartment mewah telah termasuk tanah Masjid.

Ini cerita apa UMNO nak bela orang Melayu. Tengah dok panas macam goreng pisang, Kerajaan Negeri Kedah nak roboh sebahagian rumah di Taman Seri Tanjong Sungai Layar, dan Taman Seri Putera Bakar Arang di Sungai Patani kerana nak buat flat. Penduduk dia siapa? Mereka ini semua nak di pindahkan dekat flat yang baru di bina dekat Paya nahu dekat Taman Ria Jaya. Di mana silapnya kerajaan UMNO dan BN. Rumah yang ada nak di pindahkan. Kalau nak buat pembangunan sekali pun tengok dulu mengapa bekas tanah Polis Hutan di benarkan buat rumah mewah? Tuu awat pekak sangat, tempat tuu dalam bandar, so kenapa tidak di jadikan kawasamn komesial sepenuhnya? Benar puyla buat perumahan mewah! Yang di Sungai Layar, masih jauh dari pusat bandar. Mengapa tanah tol di Pekan Lama tidak berani di bangunkan. Rumah berselerak dekat dekat, awat Syed Rajak tak berani nak bangunkan? Sebab mereka Cina!

( Dulu nak ambil Taman Peruda, sebab kubur India tak mahu pindah senyap aje. Lepas tuu penduduk situ nak di pindahkan ke Sidam.) Aapakah satu keperluan mendesakkah Sungai Patani perlu di jadikan Taman Berflat? )Sepatutnya bekas tapak Polis Hutan tuu di jadikan sebahagian jalan alternatif untuk keluar dari pusat bandar yang jam gila melalui jalan belakang melintasi railway, pasai apa tidak buat? Bila orang komen tanam padi atas bumbung kerja orang gila depa nak marah!

Renunglah, kajilah, Trangganu, Kelantan kaya dengan pasirnya, kaya dengan hasil proteleum dan gasnya, kaya dengan sumber alamnya.Balaknya dan mungkin emasnya dengan mudah begitu kita nak hand over kepada UMNO yang kini sudah papa kedana? Kita telah di takdirkan untuk hidup bersama, membangun bersama bangsa yang lain yang bukan kehendak kita. Kalau Allahyarham dapat menjaga kepentingan orang Melayu, niii si Mahathir ini nak perabih langsong hak orang Melayu. Kemudian main sandiwara, menangis, lawak bodoh, kata kat orang Melayu haprak... ( aku bukan Melayu haprak Mahathiir! )setelah engaku ambil habis, setelah kau lomndeh habis, kau jadikan agam Islam sebagi pertaruhan. Kau jadikan bangsa Melayu sebagai landasan untuk kau bangun dan pijak. Untuk itu aku seinci pun tidak akan berganjak bahawa aku tidak akan membiarkan pentas sandirawa mu berpanjangan. Aku tidak akan mengizinkan Melayu itu menjadi papetmu, malah aku tidak akan mengizinkan hak ku berpindah sewenangnya kepada hak mu dengan Isalm agama ku yang bukan agam mu. Ingatlah saat kematian akan tiba jua.

Untuk itu aku perlu berhenti di sini, sebuah peringatan untuk kalain di luar sana, saaudarku di perguruan kelaurlah kamu demi ini walau perjanjian terpaksa di mungkiri. UNTUK DEMI BANGSA DAN AGAMAMU!

WASSALAM.

laduniseven






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com