UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




FATWA ULAMA' UMNO - 2

ASSALAMMUALAIKUMWM WBT;

Salam sejahtera buat semua, semoga sihat dan beroleh keselamatan. Semalam kita tidak dapat menyertai kerana uzur.

Hilang sudah respect terhadap Dato' Seri Harussani, saya tidak akan mentarifkan apa itu FATWA, bagaimana pemakaiannya, siapa dia, bagaimana ianya di laksanakan dan kenapa perlunya kepada fatwa serta kepada siapa fatwa itu di gunakan kerana saya rasa saya tidak berhak untuk menghurai dan menjawabnya. Biarlah Tuan Guru kita atau Ust. Haji Ahmad Awang yang menjawabnya di dalam Harakah untuk di fahami oleh semua orang Islam dan bukan Islam.

UMNO semakin kalut apabila mengerahkan ulama'nya menyerang Islam dengan FATWA mereka yang samar terhadap hukum Allah yang telahpun jelas dan sahih berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, Ijmak, Qisas dan Ijitihad.

Setelah menjadikan Jabatan Peguam Negara Bandut Bandut yang telah hilang hak kekebebasan dan keluhuran undang-undang, BPR yang juga telah hilang sengat dan taringnya, terkodek-kodek menjadi YES TUAN!, Polis sebagai anjing pemburu dan pelbagai cara lagi; Mahathir dan Pak Lah telah gagal dalam misi hitam bercuti Mahathir di luar negara bagi rakyat Malaysia menyaksikan satu lagi episod trajidi, tumbangnya seorang tokoh! Terbaru peristiwa Tuan Guru Nik Aziz dan Kampong Bok di Kuala Ketil.

Tiga perkara yang telah di jadikan oleh UMNO fatwa yang berkaitan dengan Islam dan orang Islam; iaitu:

1. Nama Islam hanya boleh di pakai bagi ilmu, iman dan ihsan.

2. Pengitirafan seseorang itu sebagai seorang Islam jika ia menepati Rukun Iman dan Rukun Islam.

3. Ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah.

Dan sesiapa yang mengingkari akan di hukum. Bentuk hukuman pula tidak di perjelaskan.

Kita tidak sama sekali untuk mempersendakan fatwa dan melanggar akan perintahnya. Akan tetapi yang di pertikaikan fatwa yang di keluarkan oleh ULAMA' UMNO ini adalah samar dan boleh menimbulkan keraguan kepada orang Islam apatah lagi yang bukan Islam untuk memahaminya. Keliru. Sedangkan apa yang di perkatakan telah jelas dan sahih terhadap hukum dan perundangan Islam yang sedia ada berpandukan Al-Quraan, dan Al-Sunnah ( lihat di atas ). Untuk menghuraikan berasap otak, di ruangan yang terbatas ini.

Ilmu itu sendiri sangatlah luas pengertiannya dan ianya bercabang-cabang macam mulut Mahathir, Shahidan Kassim, Syed Razak serta mengkok-mangkok yang tidak faham tentang Islam tetapi bercakap tentang Islam macam Sammy Vellu dan Lim Liong Sik. Sedang ulama' dalam UMNO pun pekak, inikan pula hendak mengeluarkan FATWA! BAHAWA DALAM ISLAM, POLITIK ADALAH SALAH SATU CABANG DALAM ILMU.

Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi, ulama' teragong abad kini, dalam kitabnya FIQH DAULAH, di bawah tajok kecil "Dakwah Agama Tiada Kaitan Dengan Politik Dan Politik Tiada Kaitan Dengan Agama", mengingatkan kita bagaimana ulama'ulama macam Harussani ini di gerakkan dan di gunakan. Rujuk ms 146 - 148. Rujuk juga ms 44.

( MInta maaf, saya tidak akan membuat petikan yang panjang atau dari kitab-kitab lain yg terlonggok di atas meja ini kerana hari ini saya tersangat uzur, harap orang lain dapat membantu untuk menghuraikan. Harap maaf. )

Petikan ms 146 :

"Mereka mendakwa bahawa agama tidak ada hubungan dengan politik sebelum ini dan mereka yang mencipta kata-kata "Tiada agama dalam politik dan tiada politik dalam agama" adalah orang yang pertama uang membohongi kata-kata mereka itu dengan kata-kata damn perbuatan mereka sendiri.

Ini di sebabkan mereka sendiri sehingga kini masih menjadikan agama sebagai alat untuk tujuan politik mereka dan untuk menindas musuh-musuh mereka. Mereka juga menggunakan ulama' ulama' upahan yang hina untuk mengeluarkan fatwa melawan sesiapa yang membakang sistem pentadbiran mereka yang batil dari sudut agama dan gagal dari sudut keduniaan.

Nabi SAW adalah seorang ahli politik di samping sebagai penyampaian ajaran, guru dan juga Qadhi. Baginda adalah Ketua Negara dan Imam bagi umat. Para Khulafa' al-Rasyidin selepas baginda juga adalah ahli politik yang mengikuti Sunnah dan jalan baginda. Mereka telah mentadbir umat dengan adil dan IHSAN dan memimpin mereka dengan ILMU DAN IMAN.

MS 44:

" Apabila amanah diabaikan, tunggulah saat kehancuran. Sahabat bertanya bagaimanakah ia di abaikan? Banginda menjawab: Apabila diserahkan satu urusan itu kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran"
( Riwayat al-Bukhari )

lihat juga 154 dan 155.

Dari kitab FIQH KEUTAMAAN -Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi: ms 66 dan 67 : PENTINGNYA ILMU BAGI SEORANG MUFTI:

"Seseorang yang menerajui kepimpinan dalam dalam bidang kehakiman dan keadilan perlu memiliki pengetahuan dan bekalan ilmu dengan agama yang cukup. Demikian pula halnya dengan seorasng mufti. Seseorang yang memegang jawatan fatwa ini mestilah seorang yang pakar dan menguasi betul seluk beluk hukum dan shari'at Islam, disamping itu ianya juga mestilah seorang yang komited dan taat beragama. Kerana apabila syarat ini tidak di penuhi, boleh jadi ia akan mengharamkan benda yang halal atau menghalalkan perkara yang haram; menggugurkan perintah yang wajib, atau mewajibkan perintah yang tidak diperintah oleh Allah; menyetujui perkara bida'ah ataupun mengingkari perkarra perkara yang di syari'atkan; mengkafirkan orang yang beriman ataupun setuju dengan kekufuran orang orang yang jelas jelas kafir.

Perkara-perkara tersebut boleh berlaku, apabila seorang yang menjawat mufti tidak memiliki keimanan yang kuat dan persiapan keilmuan serta kepakaran yang cuku, apatah lagi jika dia termasuk orang yang sembarangan dan asal jadi sahaja dalam dalam mengeluarkan fatwa-fatwanya kerana ada kepentingan kepentingan peribadi ataupun pihak pihak tertentu, seperti yang dapat kita saksikan pada masakini. ( Lihat huraian selanjutnya di ms 67 dimana di sebabkan kebodohan orang mengeluarkan fatwa menyebabkan kematian dan ini telah mendapat bantahan yang keraas daribada baginda Rasulallah SAW.

Lihat juga ms 263 dan 264 akibat pepecahan kerana kesalahfahaman yang dengan itu telah membuka ruang seluas luasnya bagi musuh Islam bertindak untuk menghapuskan Islam baik dari luar atau dari dalam golongan Islam itu sendiri.

Saya terpaksa berhenti di sini kerana tidak setabil dan selesa. Harap orang lain dapat membantu menjelaskan bahawa FATWA UMNO itu tidak boleh di pakai dan di kuatkuasakan.

Wabillah hi taufikwalhidayah. WassalammualaikumWM.

wassalam

laduniseven






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com