UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PINDAAN UNDANG-UNDANG - ULAMA'-

ASSALAMMUALAIKUMWM WBT;

ALHAMDULILLAH;

BERTEMU SEMULA WALAUPUN TRANUNG KITE DI BLOCK.

Kita telah sama sama dapat melihat apabila mereka tertekan lantas mengambil tindakan untuk meminda undang-undang mengenai ULAMA'. Tidakkah mereka ingat bahawa di suatu ketika mereka mencerca dan mencaci ulama di dalam PAS semahu mahunya, hingga hilang rasa hormat terhadap Tuan Guru di Kg Bok di Kuala Ketil. Dan kini mereka kembali meletakkan semua kesalahan yang mereka telah lakukan kepada meja Pembangkang.

Selama ini mengapa ULAMA' mereka membisu, tanpa apa jua teguran di atas segala kemungkaran yang telah di lakukan oleh pemimpin mereka. Mereka lupakah kepada ayat Allah yang berfirman :

"..... dan jika sekiranya kamu berbantah bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang demikian itulah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya."
Al-Nisa 4:59

Sebaliknya ULAMA' mereka terus pekak dan diam membisu di atas serangan serangan tanpa sempadan kepada ulama ulama di dalam PAS. Mereka membiarkan umat Islam kini menjadi kalut dengan mengujudkan puak puak yang cuba memesongkan aqidah Islam, menjadikan Islam itu kaku dan ragu, sebagai agenda jahat untuk menghancurkan Islam. Kenapa mereka tidak bertindak terhadap Astora Jabat yang keras lagi nyata telah memesongkan aqidah umat Islam di Malaysia kelcuali S.S Mufti Negeri Johor? Sebab Astora Jabat berlidahkan fitnah untuk menjaga kepentingan mereka hingga soal agama menjadi mainan beliau?

Sebaliknya peringatan dari Surah Al Nisa tadi hanya mereka pekakkan sahaja dan mereka tidak takut akan azab Allah tetapi mereka takut dan teramat takut kepada pemerintah yang zalim, yang rezeki mereka adalah di tangan pemerintah yang zalim dan bukan dari ketentuan Allah SWT! Maka dengan itu mereka sewenang wenangnya mengeluarkan FATWA ke atas umat Islam yang menjadi mangsa mereka sedangkan perkara yang menjadi pokok telah pun jelas di dalam hukum dan perundangan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Apakah jenis ulama' mereka itu; mempermain mainkan hukum Allah sesuka hati. Apakah mereka sengaja tidak mahu mengerti bahawa agama Islam itu adalah agama yang lengkap dan syumul.Firman Allah dalam Al-Jathiah 45:18 yang maksudnya:

"Kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Muhammad) menjalankan satu syariat ( yang cukup lengkap ) dari hukum agama, maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui"

Dimanakah tanggong jawab mereka sebagai ULAMA' pembimbing ummah terhadap sebuah kejahilan umat Islam itu sendiri dengan sikap taqlid buta adanya ulama' alsu yang pentingkan dunia, berdiam diri tidak berani menegur terhadap penindasan pemerrintah yang zalim ke atas umat Islam yang hanya menambahkan lagi kekeliruan ke atas Islam sedang Islam itu adalah al-din.
Al-Imran 3:19

"Sesungguhnya al-din (agama) yang di terima disisi Allah adalah Islam"

Jadi seolah-olah mereka sudah hilang rasa hormat terhadap Allah SWT yang menjadikan mereka dan kita makhluk semua.Oleh itu kalau mereka sadar mengapa mereka tidak kembali untuk bermuzakarah demi untuk kebaikan dan penyatuan ummah! Sebenarnya mereka adalah pengecut takut akan hilangnya harta dunia daripada takut untuk menegakkan hak Allah. Dengan itu mereka mengheretkan hak Allah kepada pindaan undang-undang untuk di bahaskan. Yang demikian hendaklah kita menegakkan kebenaran berdepan dengan pindaan undang-undang bikinan manusia itu untuk di perjelaskan kepada umat Islam semua. Kita mesti bersedia menjawab kepalsuan ini dan kembalilah kepada kebenaraan yang esa.

Wassalam

laduniseven






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com