UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bicara Memali bila boleh selesai?

ALOR SETAR: Perbicaraan kes saman 14 orang balu mangsa Peristiwa Memali terhadap Kerajaan Malaysia ditangguhkan lagi ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Menurut sumber dari pejabat peguam Haji Mohideen Abdul Kadeer yang mengendalikan kes bagi pihak balu Memali, setakat ini perbicaraan kes itu telah enam kali ditangguhkan sejak tahun 1996 dulu.

Perbicaraan kali pertama yang ditetapkan pada 9 Julai 1996 itu ditangguhkan pada 18 hingga 19 Mei 1997 dan seterusnya ditangguhkan pada 28 dan 29 September 1997.

Perbicaraan yang ditetapkan pada 7 hingga 12 Mac 1998 juga ditangguhkan pada 13 hingga 15 Jun 1998 seterusnya terbaru pada 13 hingga 18 Mac 1999 lalu juga ditangguhkan.

Harakah telah dimaklumkan oleh peguam bersama Memali, Haji Mohd Taulan Rasul, sebenarnya kes ini tidak pernah pun dibicarakan sejak ia berlaku.

Pada kali ini, ujarnya, perbicaraan kes itu yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Tinggi Alor Setar itu ditangguhkan kerana permohonan dari Jabatan Peguam Negara.

Menurut Setiausaha Madrasah Islahiah, Kampung Memali, Saudara Mohd Yusuf Yusin, peristiwa 19 November 1985 itu cukup menyayat hati yang memerlukan kepada pembelaan segera.

Namun sehingga kini, ujarnya, sudah 14 tahun peristiwa hitam dan ngeri itu berlaku tetapi sehingga kini masih tiada perbicaraan mengenainya dimulakan.

Beliau yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu berharap pihak terbabit dalam kes itu akan dapat menyegerakan perbicaraan itu untuk menentukan keadilan terus diamalkan di negara ini.

Kata beliau, pihaknya terpaksa menggunakan perbelanjaan bagi setiap kali perbicaraan untuk menghubungi semua mereka yang terbabit, setiap urusan dengan peguam dan pengangkutan dan sebagainya.

"Paling malang, bila semua perbelanjaan besar telah dikeluarkan tiba-tiba bila sampai di mahkamah kami dimaklumkan perbicaraan ditangguhkan," ujarnya kesal.

Harakah telah berjaya menghubungi balu asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, Puan Solehah Hussein yang amat hairan dengan apa yang berlaku setelah mereka terpaksa dengan susah payah beberapa kali ke Alor Setar (mahkamah) dan Pulau Pinang (peguam).

Sementara itu dalam salinan suratnya, Timbalan Ketua Bahagian Guaman bagi pihak Peguam Negara, Encik Zulkifli Bakar kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, memohon penangguhan itu dibuat.

Salinan surat yang dihantar juga kepada peguam Memali menyatakan, saksi-saksi penting dalam perbicaraan itu masih belum dapat dikesan.

Kebanyakan daripada mereka telah pun bersara dan alamat terkini mereka belum diperoleh, berada di luar negeri dan tidak dapat dihubungi, mengikut surat itu.

Petikan Harakah, 29 mac 1999






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com