UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




VCD Fitnah UMNO terhadap DSAI dan Ustaz Taib Azimuddin

Saya berharap pembaca semua agar berhati-hati dengan 2 tajuk VCD yang saya percaya keluaran UMNO. VDC tersebut saya

dapati dijual oleh seorang lelaki berhampiran dengan Masjid KLCC sebelah taman/KLCC Jumaat minggu lepas serta Jumaat

minggu ini. VCD tersebut bertajuk lebih kurang 1. "Kenapa Anwar Ibrahim di pecat dari kerajaan dan UMNO." menurut penjual VCD tersebut, isinya mengandungi

penerangan Mahathir tentang isu Anwar yang orang UMNO sendiri pun tak tahu dan tak diberitahu... Bagi saya VCD ini

hanya merupakan satu bentuk propaganda kerana jika betul apa yang mahathir cakapkan, sekurang-kurangnya mesti

diberitahu kepada pemimpin UMNO di peringkat bawahan agar mereka tidak menyokong pembangkang dan boleh diberikan

selepad perbicaraan DSAI selesai dahulu jika tidak mahu disifatkan menghina mahkamah.. Tetapi kenapa penerangan

seumpamanya tidak pernah diberikan...?

2. VDC bertajuk "pengakuan lelaki yang diliwat oleh bekas Imam Masjid Negara" dan di bawah tajuk tersebut terdapat

satu gambar dan nama "YB Taib Azimuddin" dan dipenjuru kanan belah bawah terdapat "PAS tahu dari dahulu lagi". Ini

saya rasa adalah satu fitnah yang dikenakan terhadap PAS dan Ustaz Taib Azimuddin,bekas Imam tersebut.

Saya berharap agar para pembaca agar tidak terperangkap dengan membeli VCD tersebut kerana ia hanya mengandungi

fitnah berat yang dilemparkan oleh UMNO. Jadi ini adalah bukti siapa yang sebenarnya yang melemparkan fitnah.

Jemaah Jumaat Masjid KLCC






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com