UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BUAT YG MARAH & GERAM

Ada pencacai yg marah-marah kpd Nik Aziz dan Hj Hadi lantaran sikap mereka akan terus menrima jemputan ceramah sekiranya ada tanpa menghiraukan larangan Umno.

Hatta ada pencacai yg membuat kesimpulan 'mengejut' mengatakan kedua tok guru itu akan menerima jemputan untuk majlis gay dan tari menari, berdasarkan sikap yg mereka suarakan itu.

Tidak kurang juga yg marah kpd pengikut-pengikut tok guru itu dgn melebel sebagai taksub dan berbagai.

Inilah akibatnya bila org bodoh marah.Akalbudi tak dapat berfungsi.

Menghadiri jemputan adalah ajaran Islam.Berdakwah adalah ajaran Islam, walaupun jalannya sukar dan menyakitkan. Memenuhi jemputan maksiat adalah ajaran syaitan. Kerja begini sering dilakukan oleh pembesar Negara Islam Malaysia sekarang. Hatta menari ala boliwood pun ada!. Tok guru berdua belum ada rekod sejahat itu.

Berkawan dgn bukan Islam adalah haram,wajib dan harus....mengikut keadaan masa dan tempat. Ini bukan ajaran PAS tetapi ajaran Islam. PAs hanya mengambilnya sebagai jalan hidup mereka.

Kita menyokong PAS bukan kerana pemimpinnya, malah bukan kerana parti. Kalau Umnopun berjuang seikhlas itu, esok pagi kita akan ke pejabat perhubungan untuk isi borang ahli!.

Kita belajar ISlam dulu, baru temui PAS. APa nak buat kita belajar Islam dari kitab Perukunan hingga ke Kenegaraan Islam di menara gading, kita tidak jumpa Islam melalui Umno. Maafkan kami!. Kalau itu salah, semua buku dan rujukan di menara gading wajib dibakar atau dimusnahkan dgn apa cara sekalipun!.

Bukan kita masuk PAS baru temui Islam. Tetapi kita kenali Islam, kemudian baru temui PAS. Dan sedari dulu PAS tetap istiqamah dgn perjuangan dan landasan Islam yg dipilihnya. Yg berubah hanyalah kaedah dan strategi perjuangan shj.

Demikianlah adanya.

Mona Solomon






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com