UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Wakil Rakyat di kalangan Muslimat: Mengapa perlu di pertikaikan?

Saya berhasrat untuk mengulas sedikit mengenai tulisan Suriani shukur, yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama' PAS Pusat mengenai calon pilihanraya dari kalangan muslimat, di website Tranung kite dibawah tajuk "Ust Shamsuri- Perbahasan semasa-". Di akhir artikal tersebut Suriani telah menulis seperti berikut:-

"Dalam mereka sedang sibuk menubuhkan Puteri UMNO, dan mempertikaikan kewujudan muslimat didalam PAS, maka kita terikut-ikut dengan rentak dan nafsu mereka. Akhirnya Dewan Ulama' PAS telah membenarkan muslimat PAS bertanding pada Pilihan Raya yang akan datang. Apakah ini keputusan bijak? Apakah suasana politik sekarang amat sesuai hingga membenarkan muslimat PAS menjadi calun didalam Pilihan Raya? Apakah kita telah lupa atau sengaja buat-buat lupa mengenai kejadian samseng dan colek di Indra Kayangan baru-baru ini?..."

Pertamanya saya ingin mengulas sedikit mengenai Dewan Ulama' seperti yang disebut. Yang membuat keputusan ialah "MAJLIS SYURA ULAMA'PAS" bukannya "DEWAN ULAMA' PAS". Majlis Syura Ulama' dan Dewan Ulama' PAS adalah dua badan yang berbeza. Sila rujuk Perlembagaan PAS untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Majlis Syura Ulama' yang bersidang pada 30 Disember 2001 mengambil ketetapan mengharuskan bagi calon Muslimat bertanding didalam Pilihanraya bukanlah kerana terikut-ikut atau mengikut nafsu seperti yang disebut. Tetapi ialah merupakan keputusan lama yang telah diambil oleh PAS, seperti yang disebut dalam Kenyataan Penuh Majlis Syura Ulama' PAS Pusat yang ditandatangani oleh Setiausahanya, Ustaz Haji Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, seperti berikut:

"Setelah berbincang, meneliti dan menimbang serta menilai dari semua aspek yang berkaitan dan suasana serta waqi' yang ada sekarang maka Majlis Syura Ulama' PAS bersetuju untuk mengambil ketetapan dan keputusan mengekalkan dasar dan amalan parti sebelum ini yang mengharuskan muslimat menjadi calon di dalam mana-mana pilihan raya yang diadakan di negara ini tertakhluk kepada syarat-syarat yang dibenarkan dan ditentukan oleh syarak." [Rujuk Harakahdaily.com 10/1/2002]

Selain itu Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, dalam wawancara bersama Harakah Bil 1208, keluaran 1-15 Februari 2002 menyebut:

"Sebenarnya perkataan MEMBENARKAN itu tidak betul, tak tepat. Yang sebenarnya mengekalkan keputusan lama, iaitu mengharuskan muslimat bertanding dalam pilihan raya"

Maka jelaslah disini bahawa keputusan membenarkan muslimat bertanding didalam pilihanraya bukanlah keputusan yang berdasarkan terikut-ikut dengan rentak dan nafsu seperti yang disebut oleh shuriani.

Lagipun ini bukanlah kali pertama PAS meletakkan calon di kalangan Muslimat, Pada tahun 1959, Khadijah Sidek telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Dungun. muslilat yang kedua terpilih sebagai calon ialah Ustazah Salmah Hussein, yang bertanding di Parlimen Jitra, tetapi tewas. Kemudian PAS mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon di kalangan muslimat disebabkan perkembangan politik dan keadaan semasa itu tidak selamat untuk muslimat bertanding.

Muslimat PAS meminta dibenarkan semula meletakkan calon di kalangan muslimat didalam pilihanraya adalah kerana beberapa sebab tertentu antaranya seperti yang disebut oleh beberapa pimpinan PAS diperingkat Pusat seperti berikut:

1] "Hasrat ini memang dah lama, kalau kita tengok dalam Dewan Rakyat barisan ahli Parlimen kita yang lelaki kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan wanita-wanita UMNO. Kita yang berada di tepi (tempat pemerhati), rasa tidak puas dengan apa yang mereka jawab." [Wawancara Dr Lo'Lo' Dato' Ghazali dengan Majalah Massa keluaran 10 Jun 2000]

2] "Sekarang bila timbul pembagai isu, kita merasakan telah sampai masanya untuk melakukan perubahan. Walaupun Wanita UMNO dalam kerajaan telah lama wujud, tetapi perubahan terhadap hak wanita keseluruhannya dalam masyarakat terlalu perlahan. Fungsi Mahkamah Syariah misalnya berapa lama dan pelbagai kes tak dapat diselesaikan... kerana apa kerana kita tidak mempunyai authority.." [wawancara Dr Lo' Lo' Ghazali dengan Majalah Massa keluaran 10 Jun 2000]

3] "Keperluan lain yang kami rasakan agak mendesak ialah banyak masalah wanita tidak dapat diselesaikan, walaupun di d alam kerajaan ada wakil-wakil dan kementerian yang dipinpin wanita. Contohnya masalah wanita murtad, pembelaan syariatnya dan sebaginya" [wawancara Senator Ustazah Jamilah Ibrahim dalam Majalah Al-Islam keluaran Ogos 2000]

4] "Kami merasa terkilan dengan wakil-wakil wanita di Parlimen masih tidak dapat memperjuangkan wanita dengan pelbagai masalah, contohnya masalah wanita di Mahkamah Syariah. Kami merasakan perlu sama-sama menjadi tenaga penggerak untuk membetulkan sistem yang sangat pincang ini, dan melibatkan maruah umat Islam" [Wawancara Dr Lo' Lo' dengan Malah Al-Islam keluaran Ogos 2000]

5] "Jika wakil-wakil parti (muslimin) di Parlimen boleh menangani hal-hal berkaitan wanita dengan baik, mereka boleh mewakili kami. Bagaimanapun saya berpandangan, tidak mungkin orang lelaki boleh menyelami kehendak dan masalah wanita dari sudut pandangan wanita. Saya percaya terdapat perkara-perkara yang dianggap penting oleh wanita, tetapi dianggap enteng oleh kaum lelaki" [Wawancara Dr Siti Mariah Mahmod dengan Majalah Al-Islam 2000]

Dan banyak lagi saya rasa sebab mengapa PAS mahu meletakkan kembali calon Muslimat dalam pilihanraya Seperkara lagi ialah artikalnya yang bebunyi:

"Apakah kita telah lupa atau sengaja buat-buat lupa mengenai kejadian samseng dan colek di Indra Kayangan baru-baru ini?"

Saya pun tidak pasti sama ada Shuriani Keliru atau buat-buat keliru, Majlis Syura Ulama' bersidang pada 30 Disember 2001, sedangkan Pilihanraya Indra Kayangan berlaku pada pertengahan 2002, bahkan penamaan calon pun belum lagi ketika itu. Harap Maklum.

Akhirnya saya menasihatkan Shuriani agar jangan berlagak pandai dengan mengkritik keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama', kerana apa juga keputusan yang dibuat adalah berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijma' Ulama' dan Qias. Ahli-ahli Majlis Syura membuat keputusan berdasarkan kepakaran dalam bidang agama dan bukanlah berdasarkan hawa nafsu. Kerana mereka yang duduk di dalam Majlis Syura Ulama' bukanlah sembarangan orang, kesemunya mempunyai ilmu agama yang tinggi belaka.

Firman Allah:

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungan jawapannya" [Al-Isra' ayat 36]

Setakat ini sahaja, semoga berjumpa di dalam artikal yang lain.

Mujahidah Islam






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com