UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Aduhai Tabung Haji…malangnya nasib orang Islam

KITA sedar, walaupun Tabung Haji (TH) hanya membayar bonus 3.25 peratus sahaja tahun ini, media massa pro kerajaan menyiarkan pendapat beberapa pihak menyokong pemberian bonus itu.

"Kita patut bersyukur, masa sikit kita terima sikit dan masa banyak kita terima banyak," kata seorang wanita tua yang disiarkan oleh TV3 ketika memberi ulasan pemberian bonus TH itu.

Dalam masa yang sama, TH yang mempunyai asset lebih 11 billion ringgit mahu dipinggirkan dari cerita penyelewengan. Apakah auditnya telus? Apakah benar kemelesetan ekonomi dunia memberi kesan kepada pelaburan TH dan anak-anak syarikatnya?

Bagaimana dengan pelaburan tidak bijak ke atas Bangunan TH Perdana di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dimajukan oleh Maju Holding? Siapa dapat komisen dari soal urus niaga itu? Berapa banyak Maju Holding kepunyaan Abu Juling tauke kelab malam dapat untung dari kegelojohan Tan Sri Dr. Abd Hamid Othman dalam tindak tanduknya?

Usahlah menyembunyikan fakta sahih dan menjadikan TV serta akhbar-akhbar pro kerajaan sebagai alat untuk melindungi bangkai yang cukup busuk dan menjijikkan.Orang-orang kampung, orang Melayu dan umat Islam diperbodohkan dengan mainan kata-kata, janji palsu dan patamorgana.

Wahai pejuang-pejuang Umno yang mendabik dada kononnya pejuang rakyat dan penentang kemungkaran; di mana pendirian kamu dalam hal ini? Apakah kamu tidak nampak apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno yang sedang berkuasa sekarang? Kamu tidak mampu menegur?

Para penyokong keADILan, Pas, DAP dan PRM - dan semua umat yang simpati kepada negara Malaysia yang sudah teruk dirosakkan manusia durjana…saksikan kerakusan pemimpin yang bertopengkan Islam ala Umno dan mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mereka telan, mereka rampas dan mereka sapu semua kekayaan untuk mengisi tembolok mereka.

Setelah mereka berjaya menyiksa Dato' Seri Anwar Ibrahim, mengurungnya dalam penjara dan mengunci mulutnya, mereka terus menyamun harta rakyat. Wang KWSP, wang Amanah Pencen, wang Petronas, Royalti dan Telekom dijadikan mangsa, menimbus lubang yang telah mereka gali.

Masih ada rakyat yang buta matanya, pekak telinganya dan buntu fikirannya…mahu terus menyokong dengan alasan Malaysia kini aman damai dan kedamaianlah yang lebih penting daripada menghapuskan rasuah, penyelewengan, kronisme dan nepotisme.

Mereka, yang bergelar Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli-ahli Parlimen menjadi pengampu dan penjilat Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri pula dipilih dari kalangan seorang lelaki yang cukup lemah, pelupa dan lembab. Maka, kenyanglah Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya…termasuk Abu Juling dengan Maju Holding, siang malam mabuk dan berseronok dengan perempuan-perempuan jalang.

Banyak projek membina sekolah-sekolah baru diserahkan kepada Maju Holding Sdn. Bhd. dengan alasan membantu syarikat ini menampung kerugian dalam memulihkan Perwaja yang juga diserahkan kepadanya dengan pelupusan hutang. Wang rakyat digunakan untuk tujuan itu selain Malayan Banking dijadikan "kambing hitam".

Wahai orang Melayu…rakyat Malaysia yang masih tidak sedar, apakah masih mahu terus menyokong Umno-BN?

(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar masih boleh didapati dari saya)

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com