UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar Perlu Dibaca

SAYA bukan penyusun buku ini. Penyusunnya ialah Sdr Fazli Mohd Nor. Dia sengaja tidak mahu mengedarkan bukunya ke kedai-kedai buku di seluruh negara dengan alasan, sukar untuk mendapatkan bayaran.

Maklumlah, semua penerbit dan penulis buku mengalami nasib yang sama, dipermainkan pengedar dan penjual. Kalau tidak silap saya, penerbit dan penulis ternama seperti Ahmad Lutfi Othman sendiri pernah mengiklan suara hatinya; sekaligus memberi amaran kepada agen-agen yang menjual bahan-bahan terbitannya supaya menjelaskan tunggakan jika tidak mahu nama mereka/syarikat mereka disiarkan dalam terbitan-terbitan yang akan datang.

Alhamdulilah, semenjak saya membuat hebahan melalui Laman Reformasi-LR, sekitar 100 pelanggan menghubungi saya. Jumlah ini cukup besar buat Sdr Fadzli yang mengatakan dia tidak mencetak terlalu banyak buku ini tetapi sedia menambahkan cetakan jika ada permintaan. Sdr Fadzli tidak berhajat untuk memasarkan secara terbuka buku ini kecuali sebuah dua kedai-kedai terpilih.

Saya juga diberitahu, setakat ini semua yang memesan, membayarnya termasuk yang sudah dihantar terlebih dahulu bukunya. Kebanyakkannya buku dihantar selepas menerima bayaran dan pesanan rasmi tetapi kata Sdr Fadzli, dia turut menghantar kepada pelanggan yang menghantarkan alamat tanpa bayaran. Bagaimana pun mereka tetap menjelaskan bayaran tanpa berlengah.

Ada seorang pelanggan memesan dari Jepun. Kos penghantarannya RM16. Ramai juga yang berminat datangnya dari Sarawak dan Sabah. Paling ramai pembeli dari Intitusi Pendidikan Tinggi Awam…termasuk dari kalangan kakitangan kerajaan.

Tiada siapa yang membuat tuduhan terhadap bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Annuar Musa. Ia bermula dari aduan rasmi Menteri Pembangunan Luar Bandar sekarang, Dato' Azmi Khalid. Kemudiannya, satu rencana yang ditulis Tan Sri Abdullah Ahmad mendedahkan lebih banyak lagi pekung.

Annuar Musa tidak puashati dengan pendedahan Azmi dan Abdullah menyebabkan dia juga turut menulis bagi menjawab dakwaan-dakwaan itu. Malangnya, lebih banyak yang dipertahankan, lebih banyak yang terdedah. Akhirnya Annuar Musa menjadi "cacing kepanasan" dalam isu ini.

Dulu ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa dengan pelbagai fitnah, Annuar Musalah salah seorang yang bertepuk tangan dan mengumumkan mahu mencetak gambar Dato' Seri Anwar kelihatan sihat dan makan udang besar di Bukit Aman. Kononnya gambar itu mahu dihantar ke seluruh dunia bagi memberitahu dunia bahawa Dato' Seri Anwar mendapat layanan baik ketika dalam tahanan polis.

Hari ini, bukan sedikit yang mula menjeling kat Annuar Musa, seorang yang cukup pandai bercakap tetapi "telan duit rakyat termiskin". Dua buah Mercedes Benz baru di rumahnya cukup membuktikan bahawa bekas Menteri yang menjaga rakyat termiskin rupanya manusia terkaya di negara ini.

Dapatkan buku Penyelewengan PPRT-SIAPA BENAR susunan Fadzli Mohd Nor ini dengan memesan terus melalui e mail saya.

(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar masih boleh didapati dari saya)

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com