UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Masih mahu percaya Utusan Malaysia?

MUNGKIN ada yang perasan dan mungkin ada yang tidak, akhbar syaitan, Utusan Malaysia (sebut -Meloya) berbohong lagi. Hari Sabtu, 2 Februari 2002, akhbar kebangaan Umno itu menyiarkan berita di muka depan mengenai 50 pendatang serang rakyat tempatan di Batu Pahat, Johor.

Berita itu tidak ada follow-up tetapi keesokan harinya, satu lagi akhbar pembohong, Berita Harian (baca Hairan) melaporkan polis menafikan laporan sebuah akhbar harian semalam yang menyebut mengenai pendatang asing menyerang rakyat tempatan.

Nasib baiklah berita ini tidak ada kena mengena dengan "plot nak bunuh Perdana Menteri dan timbalannya" maka wartawan dan editor akhbar ini terselamat dan rakyat Malaysia yang sudah terbiasa dengan pembohongan media, buat-buat bodoh dan tak kisah dengan laporan tersebut.

Lihat bagaimana wartawan dan seorang jurugambar The Sun tersingkir dari jawatannya kononnya menulis berita "plot membunuh PM/TPM" sedangkan berita itu mereka dapat dari seorang Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya disahkan oleh Pegawai Akhbar Perdana Menteri sendiri.

Malang bagi wartawan itu, termasuk editornya, jika selama ini mereka boleh menulis sesuka hati mereka berita-berita mengenai pembangkang di Malaysia tetapi bila menyentuh tentang Perdana Menteri, jawatan yang mereka sandang tidak selamat untuk tempoh 24 jam ke hadapan.

Rakyat Malaysia, khususnya pembaca akhbar berbahasa Malaysia seperti sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa. Apa sahaja yang dilaporkan media cetak pro kerajaan, otak mereka sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. Kalau akhbar kata "putih" walaupun benda itu hitam, maka putihlah kata mereka. Begitulah sebaliknya.

Putar belit ini dimulakan oleh Zainuddin Maidin, seorang yang tidak menjadi ahli Umno, tidak menjadi ketua bahagian Umno dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya, tiba-tiba diberi jawatan dengan perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara. Perdana Menteri sengaja mahu menghina ahli-ahli Umno yang bebal, mengatakan bahawa tiada seorang pun ahli Umno, ketua bahagian Umno dan Ahli Parlimen Umno yang layak menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan hingga terpaksa melantik seorang bekas wartawan yang tidak berkelulusan.

Hari ini, di RTM, Zainuddin Maidin (Zam) melakukan seperti apa yang telah dilakukannya di Utusan Malaysia selama dia di situ dahulu. Memulakan langkah menghina ulama, selari dengan kehendak Perdana Menteri yang sanggup menghina Nabi Muhammad SAW.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan pembaca semua…jangan membaca Utusan Malaysia (sebut Meloya) dan Berita Harian (sebut Hairan). Jika masih mahu membacanya kerana sudah tidak ada sumber berita dari tempat-tempat lain, jangan mempercayainya. Lihat dulu apa beritanya, siapa jurucakapnya dan paling penting isu yang ditulisnya.

Bagaimana pun setakat ini keputusan perlawanan bolasepak dan hoki tepat. Tidak pernah lagi pasukan yang menang dilaporkan sebagai kalah dan begitulah sebaliknya. Maknanya untuk membaca laporan sukan, silakan.

Jangan lupa, Berita Harian (Hairan) dan Harian (Hairan) Metro juga pernah berbohong ketika melaporkan berita seorang lelaki di Kuala Nerang, Kedah bernikah serentak dengan dua perempuan dan mengadakan majlis persandingan di kampongnya sedangkan lelaki itu sudah bernikah lebih enam tahun lalu di Thailand. Pun masih ada yang mahu mempercayainya.

(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar masih boleh didapati dari saya)

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com