UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kisah rasuah dan pendatang haram

TIMBALAN Perdana Menteri (yang paling slow), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (BJ Habibie Malaysia) nampaknya gelabah juga apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. (PhDnya dipertikaikan) Rais Yatim mendakwa terdapat unsur rasuah dalam isu pendatang asing membanjiri negara ini.

Maka bersuaralah Timbalan Perdana Menteri yang paling slow ini; serahkan laporan rasuah itu kepadanya.

Apakah rakyat Malaysia, khususnya para penyokong Umno masih mahu mempertikaikan dari apa yang didakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Sdr Azmin Haji Ali, YB Sdr Saifuddin Nasution Ismail dan Sdr Mohd Ezam Mohd Nor mengenai rasuah di Malaysia?

Ada segelintir penyokong BN yang tidak kisah dengan rasuah asalkan negara ini aman, kata mereka yang ber e mail dengan saya lewat-lewat ini. Kata mereka, mereka sedia untuk 'menghalalkan rasuah' asalkan keadaan negara stabil dan keamanan dikekalkan. Begitu korup pemikiran segelintir manusia yang dididik oleh Umno, bermain dengan politik wang dan rasuah hingga mereka mahu menghalalkan perbuatan haram lagi jijik ini, dengan alasan keamanan lebih penting.

Abdullah sebagai TPM paling slow yang pernah dilahirkan oleh Malaysia tentunya tahu berapa banyak pegawai-pegawai KDN dan pegawai-pegawai Menteri Dalam Negeri yang mengutip komisen kedatangan pendatang haram ini. Jika dia tidak tahu, dia boleh bertanya dengan Setiausaha Sulitnya, Rosli Malek yang pernah bekerja di Jabatan Imigresen, betapa mewahnya dia dan pegawai-pegawai Imigresen semenjak kebanjiran pendatang haram ke Malaysia.

Rosli tidak usah menafikan. Rosli jangan buat-buat tidak tahu. Apa yang Dato' Seri Aseh Che Mat buat, semua kakitangan Imigresen tahu dan mereka semua, termasuk pegawai-pegawai KDN Bahagian B sudah cukup mewah hidup mereka kini hasil bekerja membawa pendatang asing ke Malaysia.

Penyelewengan dan rasuah seperti mahu dihalalkan di Malaysia. Harta rakyat dipunggah sesuka hati untuk mengisi tembolok masing-masing. Tempoh berkuasa dan memegang jawatan mereka gunakan sesuka hati untuk menelan harta rakyat tanpa memikirkan dosa dan pahala. Wang PPRT juga sanggup diselewengkan, padahal itu wang untuk rakyat termiskin. Tabung Haji (TH) juga mengalami kemelesetan. Alasan yang digunakan keadaan persekitaran sekarang (kemerosotan ekonomi dunia) menjadi sebab mengapa bonus TH hanya 3.25 peratus. Mereka mahu melindungi (menyembunyikan) penyelewengan.

Jika Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Azmi Khalid yang mendedahkan kisah PPRT pun polis ambil masa setahun untuk menyiasat, maka tidak bermaknalah pembangkang membuat aduan rasuah, tentu tidak akan dilayan.

Dalam soal kebanjiran pendatang asing, kita tengok apa yang hendak dilakukan pihak polis dan BPR kerana yang membuat dakwaan ini bukan pembangkang tetapi Rais Yatim, Menteri Pengampu Paling Dahsyat.

Kita juga kena perhatikan sejauh mana dakwaan Datuk M. Kayveas mengatakan ada wakil rakyat Umno di Selangor yang membenarkan pendatang asing membina rumah di Selayang dan Damansara diambil tindakan oleh polis dan BPR.

Apakah masih mahu terus menyokong Umno/BN dalam pilihan raya akan datang dengan alasan keamanan dan kestabilan?

(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar masih boleh didapati dari saya)

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com