UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Serang polis, rasuah dan pekerja Indonesia

ADA dua peristiwa pelik berlaku di negara ini. Pertama, rusuhan pekerja Indonesia di Nilai dan kemudiannya penyokong Pas didakwa menyerang polis hingga sebuah trak polis dibakar, di Kampong Kubang Bok, Kuala Ketil, Kedah.

Siasatan polis menjurus ke mana? Tentunya mahu menyalahkan pekerja Indonesia yang digambarkan mengamuk dan kemudiannya didakwa di mahkamah dan sudah pun dijatuhkan hukuman. Maka, seluruh rakyat di negara ini di suruh mempercayai semua laporan ini, menganggap pekerja Indonesia mengganas, mengamuk dan tidak tahu mengenang budi. Dalam kes di Kampong Kubang Bok, Kuala Ketil, akhirnya nanti Pas dan penyokongnya akan digambarkan bersalah, segelintirnya ditangkap dan Pas mungkin diharamkan. Itu yang mereka idamkan selama ini, setelah Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan mengharamkan penggunaan nama Islam kepada mana-mana pertubuhan.

Bila polis berjaya menyakinkan seluruh rakyat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad turut memberikan komen, maka polis boleh dikatakan berjaya menjadikan keadaan "sebaliknya". Mereka, pasukan polis seolah-olah tidak langsung bersalah dalam cerita ini. Kononnya.

Bila kepada rakyat Indonesia mereka berjaya buat, kali ini mereka buat pula cerita penyokong Pas mengganas. Keadaan ini dilakukan demi untuk melihat Pas sentiasa berada di dalam keadaan tertekan dan bersalah. Maka, hujung-hujungnya nanti, Pas mungkin mahu diharamkan!

Apakah trak polis tiada penjaga? Di mana anggota polis yang bertugas sebagai pemandu ketika itu. Apa yang dia buat ketika trak ini dibakar? Apakah polis sentiasa berada di dalam keadaan lembut hingga menyebabkan orang kampong sanggup berkeras? Agenda siapa yang mereka bawa? Apakah ini agenda tauke besar? Atau mereka mahu mengampu pihak pemerintah?

Saya menyeru dan merayu semua pemimpin Pas, jangan membuat komen yang boleh memerangkap penyokong parti. Strategi polis juga perlu diteliti. Mereka dari masa ke semasa mahu memerangkap Pas supaya menjadi "kambing hitam" setelah mereka (polis) terperangkap dengan kisah "ops gagak hitam".

Berbalik kepada kisah pekerja Indonesia mengamuk di Nilai, Negeri Sembilan; Jika tidak ada sebab tidak mungkin mereka bertindak begitu kasar hingga sanggup merosakkan kenderaan polis. Mereka sebenarnya sudah puas diugut, disamun dan diancam keselamatan mereka. Itulah sebabnya ada yang secara rela mahu dihantar pulang, meninggalkan Malaysia yang tidak semanis yang disangka.

Ya! Anggota polis yang selama ini hidup dengan wang rasuah mungkin boleh terlepas dari hukuman mahkamah dunia tetapi di akhirat mereka tidak akan dapat mengelak. Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan. Ada pekerja asing perempuan yang mereka gauli seperti isteri sendiri tanpa bernikah. Ini semua diketahui umum tetapi disebabkan semua pihak menekan mangsa yang membuat report, maka tiada siapa berani tampil ke hadapan.

"Sikit-sikit minta bukti. Sikit-sikit minta bukti," adalah cara orang politik Malaysia mengeluarkan kenyataan. TPM Abdullah Habibie Badawi juga minta bukti bila ada dakwaan penguatkuasa di Malaysia terima rasuah. Apakah dia pekak, buta dan tuli? Semua orang tahu di Malaysia, tanpa "minyak pelincir" kerja tak akan berjalan. Umno sendiri adalah "bapa" kepada gejala rasuah ini.

Pilihan raya kecil adalah pusat "rasuah" paling besar. Rakyat dan undi dibeli dengan harga yang cukup murah. Negara akan hancur dek amalan rasuah bermula dari pemimpin yang paling atas hinggalah pemimpin di kampong-kampong.

Polis di Malaysia, jangan ingat kalian semua akan terlepas. Suatu hari nanti, kalian akan masuk lock-up dan waktu itu barulah kalian tahu bahawa "setiap perbuatan jahat kalian" terbalas juga akhirnya.

Kepada semua penyokong dan pendokong reformasi dan Barisan Alternatif…pastikan negara kita Malaysia dapat dibersihkan dari anasir-anasir jahanam ini.

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com