UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kisah 'pelik' Syed Razak di Kedah

APALAH 'bala' rakyat Negeri Kedah terima tidak siapa mengetahuinya. Tetapi bala paling dahsyat yang dapat dilihat sekarang ialah mendapat Menteri Besar, Syed Razak Syed Zain yang tidak tahu apa-apa tentang tugas dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar.

Terbaru, dia menjadi tuan rumah menyambut Tahun Baru Cina (Gong Xi Fatt Cai) yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, TPM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan lain-lain Menteri Besar/Ketua Menteri di negeri-negeri lain.

Inilah akibatnya rakyat Negeri Kedah memilih Umno/BN dalam pilihan raya. Bila menang, mereka tidak ada orang yang layak dan berkempuan menjadi Menteri Besar. Duit rakyat diperhabis sesuka hati. 'Bidara' atau persatuan isteri-isteri wakil rakyat Kedah pula dihantar oleh Syed Razak ke Medan membawa suami masing-masing.

Apa yang Syed Razak telah lakukan di Kedah semenjak menjadi Menteri Besar? Membesarkan Lapangan Terbang Kepala Batas? Atau memberi wang RM3,000 kepada setiap Ketua Umno Bahagian menganjurkan jamuan hari raya?

Rakyat Negeri Kedah sudah meluat, mual dan geli geleman melihatkan Syed Razak yang buat macam-macam di Kedah, sekadar hendak menutup kelemahan dan kebodohan sendiri. Berucap di majlis-majlis rasmi Cuma lima minit dan khabarnya dia juga kini dikenali sebagai Menteri Besar 5 minit.

Dia juga cuba hendak halang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat dari memberi ceramah di Kedah kononnya dia sendiri tak pernah ke Kelantan untuk memberikan ceramah.

Soalnya, siapa yang hendak jemput Syed Razak untuk memberi ceramah? Di Kedah sendiri, ketua-ketua Umno bahagian mengelak dari menjemputnya, janganlah dia pula mengada-ngada mahu membandingkan dirinya dengan Murshidul Am Pas pulak.

Perbetulkan PKNK. Cerita mengenai CEO PKNK tidur sampai lewat tengahari, masuk pejabat lambat, mengekori Syed Razak ke sana ke mari masih belum berjaya dijawab. PKNK bukan harta pusaka Umno. Bukan harta pusaka Syed Razak atau harta pusaka CEO PKNK. Itu milik rakyat dan tunaikan tanggungjawab itu sejujur-jujurnya. Syed Razak pun perlu jujur kepada diri sendiri, agama dan bangsa sendiri. Kalau tidak ada kemampuan, berundurlah. Fadzil Hanadi boleh jadi MB. Prof Othman Ishak sedang menunggu dengan penuh debar. Kalau tak mahu beri kepada dua orang yang kebulur dengan jawatan MB ini, serahkan sahaja kepada Md. Rozai, bekas Setiausaha Politik Sanusi Junid. Dia sering mendabik dada mendakwa dia lebih hebat dari Syed Razak.

Apakah Dr. Mahathir hendak memperli rakyat Kedah, mula-mula hantar "orang sakit otak jadi MB" kemudian hantar "orang tak ada otak" menggantikannya? Jika Sanusi Junid dikenali sebagai orang sakit otak, Syed Razak pula dikenali sebagai orang tak ada otak.

Nasib baiklah BN tidak punya suara 2/3 di Dewan Undangan Negeri Kedah. Jika tidak, nescaya hancur leburlah negeri itu. Alhamdulilah, Allah selamatkan Kedah dari kemusnahan di tangan BN/Umno-Syed Razak dengan memenangkan seorang calon keADILan setelah Pas mendapat 12 kerusi dalam pilihan raya umum yang lalu di Kedah.

Jangan terkejut, selepas Tahun Baru Cina, Syed Razak akan menjadi tuan rumah Thaipusam, Deepavali, Chrismas dan satu dua perayaan bangsa asing bagi menunjukkan kepada Malaysia, rakyat Kedah dan dunia bahawa Syed Razaklah satu-satunya Menteri Besar yang sering mempunyai idea baru.

Idea barunya itu sepatutnya dicontohi oleh Dr. Mahathir. Bila lagi Dr. Mahathir hendak mengikut jejak Syed Razak menjadi tuan rumah rumah terbuka Tahun Baru Cina? Bila pula Pak Lah mahu mencontohi Syed Razak mengarahkan Bakti (Persatuan Isteri-Isteri Menteri) menganjurkan rombongan ke Medan dengan membawa suami masing-masing?

(Sudahkan anda memiliki buku PENYELEWENGAN PPRT-Siapa Benar?)

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com