UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kisah penagih dadah dan polis Malaysia

SAYA tidak pernah menyokong orang menghisap dadah. Tetapi dalam beberapa kes di depan mata, saya ingin rakyat memerhatikan betapa tidak adilnya polis Malaysia bila bertindak. Dalam kes-kes tertentu, polis nampaknya beria-ia sangat tetapi dalam kes-kes lain, mereka sengaja memejamkan mata.

Ambil satu kes yang melibatkan Yassin Senario (anggota kumpulan lawak terkemuka), dalam sebulan tiga kali Yassin ditahan polis kerana didakwa menagih dadah di beberapa tempat. Pertama dalam satu sekatan jalan raya di Lebuh Raya Persekutuan. Kali kedua di sebuah kondominium di Setapak dan kali ketiga di sebuah kondo mewah di Brickfield.

Mengapa dalam kes Yassin, polis beria-ia sangat? Mengapa penagih dadah tegar yang bersepah di merata penjuru di Chow Kit, Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman dibiarkan bebas sebebas-bebasnya?

Bila mereka (polis) tidak suka seseorang itu, mereka kejar, mereka buru dan mereka hambat habis-habisan. Tapi, yang buat salah di depan mata, tapi tidak menjadi buruan polis, akan bebas melakukan kesalahan demi kesalahan walaupun di depan mata polis sendiri.

Begitu juga dalam kes anggota polis merompak pendatang Indonesia. Ketiga-tiga anggota polis dari unit kereta peronda itu khabarnya sudah dikenakan tindakan buang kerja, kata Ketua Polis Kuala Lumpur. Sebenarnya ramai lagi anggota polis yang bertindak sedemikian, merompak bukan sahaja pendatang Indonesia, malahan mereka menyamun di merata tempat tanpa apa-apa tindakan. Alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah tidak ada aduan dan polis tidak dapat bertindak.

Bila budak-budak Umno kasar, kurang ajar dan buat macam-macam hal, polis tidak mahu bertindak tetapi bila ada ceramah Pas, polis akan kepung kawasan itu dengan senjata api yang bertujuan mengertak orang ramai. Apakah ceramah Umno dan ceramah-ceramah anjuran BN mendapat permit polis? Mengapa polis tidak kepung kawasan ceramah itu?

Tindakan polis mengepung kawasan-kawasan ceramah parti-parti pembangkang menjadikan polis tidak dihormati orang ramai. Malahan, orang ramai mempersendakan tindakan polis itu. Mereka (orang ramai) tahu polis bertindak tidak adil dan bukan berkhidmat untuk negara mereka. Mereka (polis) sebenarnya bertindak atas arahan 'tangan-tangan ghaib'.

Berani polis Malaysia menyerbu restoren mamak memeriksa taraf pekerja di restoren tersebut? Mengapa beria-ia sangat mengejar, menangkap dan menahan pendatang Indoensia sedangkan orang India, Thailand dan Myammar dibiarkan bebas di Malaysia.

Semakin hari semakin ramai pendatang dari Thailand menjalankan perniagaan tomyam tanpa sebarang tindakan. Apakah polis Malaysia adil? Apakah mereka menerima arahan dari boss mereka, Abdullah Ahmad Badawi supaya menangkap hanya orang Indonesia dan Afrika, sedangkan yang lain-lain dibiarkan bebas.

Bila ada dakwaan mengatakan polis marin Malaysia mengamalkan rasuah menyebabkan kebanjiran pendatang Indonesia ke Malaysia, masing-masing sibuk menafikannya tetapi hati kecil anggota polis Malaysia mengakui bahawa mereka selama ini hidup dengan wang sogokan pendatang Indonesia dan pendatang-pendatang asing dari pelbagai negara.

Jika polis Malaysia benar-benar jujur dan ikhlas, nescaya tidak akan ada pendatang asing masuk ssecara haram ke Malaysia. Mustahil mereka (polis) boleh bertindak jujur kerana mereka juga ingin hidup mewah, pakai kereta mahal dan hidup seperti orang lain. Maka, suka atau tidak, mereka membesarkan anak-anak mereka dengan wang rasuah dari pendatang asing dan tidak mustahil mereka juga hidup hasil wang dadah dari penagih-penagih yang mereka benarkan menagih dadah di depan mata.

Buatlah aduan, nescaya tidak ada sebarang tindakan diambil tetapi kalau ada ceramah Pas, keADILan atau PRM, mereka akan sanggup menghimpunkan anggota mereka untuk mengepung kawasan itu, menyembur air kimia dan menyepak terajang penyokong parti-parti pembangkang.

Jika Dato' Seri Anwar Ibrahim mereka (polis) berani pukul, siapalah rakyat biasa di mata mereka? Tapi mereka jangan lupa bahawa Dato' Seri Anwarlah yang memberikan mereka kediaman selesa setelah berpuluh tahun berkhidmat dengan pasukan polis dan tinggal di flat satu bilik yang cukup usang.

Rakyat boleh merubah keadaan dengan memberikan undi kepada parti lain yang menentang BN dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Kuatkan semangat dan bertekadlah untuk merubah segala kemungkaran ini.

(Dapatkan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar dengan harga cuma RM10 dengan memesan terus dari saya).

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com