UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Siapa Ong Jin Chong di sisi Syed Razak?

HARI ini orang ramai sudah mula mempersoalkan mengapa Ong Jin Chong dan budak Latiff bekas pemandu JPS yang mengaku anak saudara Pak Lah Badawi terlalu rapat dengan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain.

Kemana sahaja Syed Razak pergi, kedua-dua balacinya ini akan ada sama, bukan sahaja dalam negeri, malahan sampai ke luar negeri.

Syed Razak yang sedang menyambung pelajaran cara jarak jauh benar-benar menjadi buah mulut rakyat Negeri Kedah kerana tidak tahu apa yang dia buat selama menerajui kerajaan negeri.

Kalau betul Ong Jin Chong dan Latiff jadi proxy perniagaannya, maknanya Syed Razak tidak mempercayai orang-orang Umno, MCA dan Gerakan yang selama ini menyokongnya.

Seperti laporan sebelum ini, Syed Razak sanggup menjadi Tuan Rumah di Majlis Terbuka Gong Xi Fatt Cai hanya kerana dia tidak sanggup melihat orang Gerakan tidak datang ke rumah orang MCA dan orang MCA tidak datang ke rumah orang Gerakan. Ada juga yang mengatakan orang-orang MCA pun ada dua puak, satu team A dan satu lagi team B.

Kalau sesiapa menyaksikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, mereka akan tahu betapa Syed Razak tidak mempunyai kemampuan untuk berdepan dengan barisan pembangkang di DUN Kedah.

Barisan wakil rakyat pembangkang yang diketuai Dato' Fadzil Mohd Nor akan menguasai DUN dan kita akan dapat menyaksikan seorang dua budak-budak Umno seperti Rozai dan Sanusi Junid beria-ia sangat hendak mempertahankan Umno, tetapi menjadi bahan ketawa orang.

Bukan sedikit yang ketawa bila melihat Rosnah Majid menjawab soalan. Begitu juga dengan Dato' Prof Dr. Othman Ishak yang menjadi manusia dalam kegelapan bila duduk di DUN Kedah.

Jika rakyat Negeri Kedah betul-betul menanam azam untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang, insyaAllah, BA akan menguasai Kerajaan Negeri Kedah. Rakyat akan lebih bahagia berada di bawah BA kerana selama duduk di bawah BN, Kedah masih menjadi salah sebuah negeri termiskin di Malaysia.

Ingat! Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir sendiri pernah dikalahkan oleh calon Pas dalam pilihan raya tahun 1969, mengapa tidak dua tahun lagi? Apakah mustahil?

Biarlah Umno/BN menghalang pelbagai sumber maklumat dari pembangkang tetapi kalau para penyokong dan pendokong mempunyai inisiatif, mereka boleh dapatkan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber. Yang penting, jangan membaca Utusan Malaysia (baca Meloya) dan Berita Harian (Hairan). Kalau terpaksa baca, jangan percaya. Mereka (media massa ini) membohong dan terus memutar belitkan fakta. Mereka menyampaikan agenda perjuangan Zainuddin Maidin, rakan senegara Dr. Mahathir yang cukup kuat mengampu.

Tapi dia tak pelru bimbang apa-apa kerana dia sudah pasti tidak akan bertanding dalam pilihan raya. Kalau dia bertanding, kita pasti boleh mengajarnya. Mungkin orang-orang Umno juga akan mengajarnya. Inilah satu-satunya orang yang tidak ada sumbangan kepada Umno tetapi mendapat penghargaan dari pucuk pimpinan Umno.

Kita perhatikan sejauh mana Syed Razak dan Ong Jin Chong-Latiff melangkah. Kemudian kita lihat gelagat Zainuddin Maidin. Tapi, jangan leka, kita punya tanggungjawab untuk mengajar mereka. Kita ada cara kita dan teruskan perjuangan tanpa memperdulikan tekanan dan fitnah. Dato' Seri Anwar Ibrahim akan kembali kuat dan sihat jika kita sentiasa menghayati perjuangan yang sudah dimulakannya.

(Dapatkan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar dengan harga cuma RM10 dengan memesan terus dari saya).

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com