UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? - Satu Catatan

TIDAK saya sangka, semenjak kembali aktif menulis di beberapa laman kebelakangan ini, e mail saya kembali dipenuhi dengan pelbagai kata-kata semangat, pendorong dan tidak kurang juga yang memaki hamun, tetapi terlalu kecil bilangannya.

Bagi saya, ini perkara biasa. Satu e mail yang cukup menarik bagi saya ialah mengulas mengenai buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Tanpa perlu saya sebutkan di sini siapa gerangan penulis itu, komennya seperti gurindam pula. Saya perturunkan di sini:

Annuar Musa berasal dari Bukit Marak, Kelantan.

Membina mahligai di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Buat projek PPRT (tanam bunga) di Bukit Sireh, Kelantan.

Buat lagi projek PPRT (bela ikan) di Bukit Besi, Terengganu.

Lagi projek PPRT (telur mas) di Bukit Cina, Kelantan…

Lepas tu buat laporan di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Jika airmata rakyat di celah-celah bukit itu dikumpulkan kerana menderita dek kemiskinan, maka akan menjadi sungailah kerana banyaknya air mata rakyat. Apakah akhirnya bekas Menteri ini akan belajar melalui sungai ini hingga di penjarakan di Sungai Buloh?

Namun penulis ini tidak yakin dengan polis dan BPR di Malaysia. Katanya, mereka memilih orang-orang tertentu sahaja untuk ditahan, disiasat dan didakwa. Bekas Menteri dan kini menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tentu diselamatkan, lebih-lebih lagi Annuar mendabik dada mengatakan dia adalah orang Pak Lah, Menteri yang berkuasa terhadap polis dan BPR.

Atas sebab Annuar pernah memberi kata dua kepada Dr. Mahathir: "Dato' Seri berhentilah. Bagi peluang pula kat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Umno akan selamat jika Dato' Seri (Dr. Mahathir) berhenti."

Atas sebab inilah barangkali Annuar Musa perlu diselamatkan oleh Pak Lah kerana bukan senang nak jumpa seorang jurucakap yang berani seperti beraninya Annuar Musa 'menyamun duit PPRT' berjumlah RM40 juta.

Mungkin bila ada 'budak-budak Umno' membaca coretan ini, mereka akan mendakwa tuduhan terhadap Annuar Musa ini datangnya dari pembangkang tetapi mereka perlu membaca buku Susunan Fadzli Mohd Nor bertajuk Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Supaya mereka tahu dakwaan terhadap bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Annuar Musa itu datangnya dari Menteri Pembangunan Luar Bandar sekarang, Dato' Azmi Khalid dan dihebahkan melalui media massa pro kerajaan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas Ahli Parlimen Kok Lanas, Kelantan.

Budak-budak Umno, yang kepingin sangat hendak menyokong Umno yang sudah semakin tenat dirempuh pelbagai isu harus menatap buku ini dengan minda yang lapang dan dada terbuka. Jika mereka sedar, menteri-menteri Umno menelan duit rakyat, mereka sendiri akan menjauhkan diri dari Umno yang cukup kotor.

Apakah rakyat, khususnya para penyokong Umno masih dapat menerima bonus Tabung Haji hanya 3.25 peratus? Apakah rakyat boleh menerima kenaikan kadar sewa telefon rumah dari RM21 kepada RM23? Kemana wang itu dipelarikan? Apakah rakyat dapat menerima cerita polis dan imigresen di Malaysia mengamalkan rasuah hingga menyebabkan kemasukan pendatang asing tidak dapat dikawal langsung? Tahukah mereka, peluang rakyat tempatan habis disapu oleh pendatang dan ramai anak gadis Malaysia akhirnya menjadi mangsa rakyat asing ini, termasuk ditinggalkan dengan anak-anak tanpa sebarang pembelaan!

BPR…Polis…tak nampak apa-apa? Tak ada aduan maka tidak boleh bertindak?

(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Masih boleh didapati dengan memesan terus dari saya).

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com