UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sewa Telefon Naik, Bonus Tabung Haji Turun…

SEWA telefon dinaikkan dari RM21 kepada RM23 dan tariff 9 sen bagi setiap tiga minit pertama panggilan tempatan akan diubah kepada 8 sen bagi setiap dua minit pertama. Walaupun kenaikan ini hanya di kawasan bandar tetapi rakyat seharusnya mempersoalkan kemana perginya keuntungan telekom selama ini. Apakah semua keuntungan itu digunakan untuk menelan syarikat-syarikat yang rugi atau mahu menyelamatkan orang-orang tertentu termasuk Tan Sri Tajuddin Ramli. Mengapakah begini sekali jadinya negara kita Malaysia? Bila ada syarikat besra rugi, atau ada usaha mahu menyelamatkan syarikat-syarikat yang berkepentingan, maka wang rakyat dikutip, walaupun cuma seringgit dua atau sesen dua!

Barapa juta sebulan yang mereka kutip? Apakah tidak habis-habis lagi kerajaan mahu menekan rakyat setelah kutipan tol naik, harga petrol naik dan harga barang-barang langsung tidak dikawal.

Mungkin kakitangan kerajaan tidak terasa apa-apa kerana mereka sering dinyanyikan dengan cerita bonus, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat tetapi bagi buruh yang baru sahaja menghirup nafas kemerdekaan, mereka ditekan secara tidak langsung. Faedah bank yang diturunkan tetapi jangka masa pinjaman yang dipanjangkan juga bukan memudahkan tetapi mencerut leher pengguna, mereka dari kalangan yang susah dan punya ramai tanggungan.

Dr. Mahathir Mohamad tidak kisah dengan kenaikan ini kerana dia tinggal dalam Mahligai Airmata bernilai RM100 juta tetapi bagi rakyat yang duduk di kawasan setinggan, taman perumahan dan rumah kos rendah yang panas dan sempit, seringgit bagi mereka adalah keringat yang tidak ternilai harganya.

Berapa ramai pengguna kereta terpaksa berputih mata bila kereta mereka ditarik oleh institusi kewangan? Mereka tidak mampu untuk menjelaskan pinjaman bulanan kerana kos sara hidup yang terus meningkat. Rakyat didendangkan dengan lagu-lagu yang mengkhayalkan dengan tertegaknya KLCC dan Menara Kuala Lumpur tetapi kemiskinan rakyat terus tidak terbela.

Harga kelapa sawit yang merudum tidak merisaukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana mereka lebih risaukan MAS yang kerugian kerana tersalah orang diberikan untuk bertanggungjawab terhadap syarikat penerbangan terbesar negara itu.

Dr. Mahathir dan Pak Lah tidak pernah terasa bersalah jika ada orang yang mereka beri kepercayaan gagal menjalankan tugas mereka. Bagi mereka, jika MAS rugi, wang rakyat banyak. Boleh ambil wang dari Petronas, boleh ambil dari Tabung Haji, boleh korek dari KWSP dan Telekom.

Nasib rakyat tidak terbela. Rakyat hanya dijanjikan projek dan pembangunan bila sampai musim pilihan raya. Dalam pilihan raya kecil Pak Lah boleh ditemui di merata tempat, dekat pasar, tepi jalan dan di kedai-kedai kopi. Bila tak ada pilihan raya, Pak Lah tidak boleh ditemui malahan, pengawal kelilingnya pun lebih ramai dari pengawal KLCC. Masing-masing bermuka serius, masam dan amat jelek melihat orang menghampiri Pak Lah.

BN itu bukan bererti Barisan Nasional. BN itu bererti 'barang naik'. Selagi tidak ada kesedaran di hati rakyat, selagi rakyat tidak berani membuat perubahan dan selagi rakyat memberikan undi kepada BN, selama-lamanya mereka akan buat sesuka hati. Mereka boleh naikkan tariff telefon, elektrik dan harga tol dan dalam masa yang sama mereka akan turunkan bonus tabung haji dan KWSP kerana yang menyimpan dalam KWSP adalah anak-anak orang kampung yang bekerja kilang dan budak pejabat. Anak Dr. Mahathir dan anak Pak Lah tidak perlu risau dengan bonus Tabung Haji dan KWSP kerana mereka tidak memerlukan itu semua.

(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Masih boleh didapati dengan memesan terus dari saya).

Oleh Ummu Natasya 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com