UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Konvensyen Kemiskinan - Annuar Musa bentang kertas kerja

LIHATLAH betapa dunia yang cukup pelik sekarang. Seorang bekas Menteri yang sedang menghadapi dakwaan melesapkan wang PPRT menganjurkan konvensyen mahu membincangkan soal kemiskinan.

Konvensyen Kemiskinan 2002 dengan kerjasama YKK, Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan merasmikan majlis penutupannya.

Apakah Annuar Musa tidak rasa bersalah? Mengapa dia menyibuk mahu membincangkan soal kemiskinan setelah RM40 juta wang PPRT lesap di zaman dia menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Dia seharusnya menyelesaikan isu itu dengan serta merta kerana rakyat termiskin yang sepatutnya mendapat pembelaan sudah teraniaya.

Menurut laporan Jabatan Audit Negara, ada nama-nama yang menerima bantuan PPRT tidak wujud dan ada juga projek-projek yang kononnya dibuat tetapi tidak dilaksanakan. Maknanya, duit disalurkan di tempat lain, disedut keluar dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar, masuk ke satu syarikat yang "menderma cukup banyak" kepada orang-orang tertentu ketika menghadapi pilihan raya.

Dari segi undang-undang Malaysia, Annuar Musa mungkin dapat meloloskan diri tetapi dia kena bertanggungjawab dunia dan akhirat. Dengan kereta mewah dua buah di rumahnya, mahligainya yang tersergam di Bukit Damansara selain dari pejabat dan syarikatnya yang kaya-raya, dia jangan lupa bahawa moralnya sebagai seorang pemimpin sudah hancur lebur.

Banyak mana dia gunakan duit RISDA, masih belum ada yang tahu tetapi bertanyalah dengan Pengerusi dan Ketua Pengarah RISDA sekarang, pastinya mereka boleh memberitahu betapa jutaan ringgit digunakan oleh Annuar Musa ketika dia berkuasa dahulu. RISDA terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Para 'kontraktor payung' juga pastinya boleh menceritakan bagaimana cara Annuar Musa ambil komisen daripada syarikat mereka, selain daripada dipaksa menderma kepada YKK, yang menjadi alat Annuar Musa ketika menjadi Menteri dahulu.

Hari ini, dia tampil mahu membincangkan PPRT dan pendekatan terbaru Program Kesejahteraan Rakyat serta soal kemiskinan daripada perspektif ekonomi.

Para penyokong dan pendokong Reformasi, bacalah buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Susunan Fadzli Mohd Nor yang saya edarkan secara pos. Dalam buku ini, kita akan dapat mendekati dakwaan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Azmi Khalid dan tulisan-tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad yang ditujukan khas buat Annuar Musa.

Tepatlah, jika mereka mengundang Dr. Mohamad Khir merasmikan konvensyen ini kerana Dr. Mohamad Khir pun sedang sibuk menepis dakwaan rasuah selama menjadi MB Selangor dan penutupnya pulak, Muhammad Muhd Taib, yang ditangkap di Lapangan Terbang Sydney kerana membawa jutaan wang dari pelbagai matawang. Eloklah berkumpul mereka bertiga…bincangkan lagi soal kemiskinan walaupun nyata mereka tidak miskin…dan kenyang kerana jawatan masing-masing.

-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com