UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Benarkah MAS rugi dan siapa yang disiasat?

DALAM sehari dua ini, rakyat digula-gulakan dengan cerita dan lapuran kononnya polis sedang menyiasat beberapa nama yang ada kaitan dengan MAS. Kononnya MAS rugi berjuta-juta ada kaitan dengan beberapa nama termasuk Tan Sri Tajuddin Ramli.

Maka, pemimpin Umno akan berkokok, kononnya kerajaan telus dan tidak memilih antara pipit dan enggang untuk ditahan, disiasat dan didakwa. Namun, cerita ini usah cepat dipercayai. Ingat! Banyak kisah serupa sebelum ini, termasuk kes Dato' Seri Rafidah Aziz, Dato' Annuar Musa dan Megat Junid yang pernah dikaitkan dengan pembunuhan Mustakizah Jaafar senyap begitu sahaja.

Mereka siasat main-main. Mereka hendak menutup mata dan bila rakyat senyap, mereka tutup fail dan buat kerja lain. Yang hendak mereka tumpukan ialah serangan dan tekanan terhadap ulama, Pas dan para penggerak reformasi di Malaysia.

Kalau mereka mahu, khususnya polis, mereka boleh dapat. Tapi, kalau mereka tak mahu, setahun dua, mereka tidak akan dapat apa-apa. Dalam kes pembunuhan seorang pensyarah UiTM, polis dapat menahan mereka yang disyaki dalam tempoh 24 jam tetapi jika mereka tidak berminat dan tiada arahan pihak atasan, mereka buat-buat senyap dan buat-buat lupa.

Mereka tahu orang Melayu mudah lupa. Mereka tidak bimbang ada orang yang mengungkit hal-hal yang lepas. Maka, mereka boleh goyang kaki, ambil rasuah dan buat-buat lupa kerana mereka fikir rakyat sudah lupa.

Apa benar dalam siasatan terhadap penyelewengan PPRT tiada bukti yang boleh menyebabkan mereka yang terlibat didakwa? Jika benar-benar tiada bukti, mengapa disenyapkan sahaja hasil siasatan ekoran reman beberapa datuk tempohari? Apakah Annuar Musa tidak terlibat? Jika tidak terlibat mengapa polis menyoal siasatnya pada pagi dua hari raya?

Punca segala kesalahan dan kelamahan ini ialah Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dia jangan cuba cuci tangan dan buat bodoh kononnya segala penyelewengan ini dia tidak tahu. Dia sebenarnya yang menyelamatkan perompak seperti Tan Sri Ali Abul Hasan Sulaiman, yang menyebabkan Ketua Pengarah BPR, Dato' Shafie Yahya terpaksa meletakkan jawatan dahulu. Ingat! Ali Abul Hasan ditangkap kerana memiliki RM100,000 tunai dalam laci di pejabatnya, EPU Jabatan Perdana Menteri.

Namun, Dr. Mahathir marahkan Dato' Shafie kononnya pandai-pandai memeriksa dan menyiasat "orangnya" tanpa kebenaran Perdana Menteri.

Rakyat boleh tengok, apakah Tajuddin Ramli akan kena atau tidak. Rakyat boleh tengok, apakah ada tindakan atau tidak pada jerung-jerung lain termasuk Eric Chia, Halim Saat (Renong) dan beberapa orang lagi yang bergelar Tan Sri. Yang akan kena tindakan serta merta ialah polis berpangkat Sarjan Mejar, Koperal dan Konstabel.

Wahai penyokong dan pendokong reformasi di negara ini, ayuh kita perbaharui tekad. Mari kita ubah kepimpinan negara dan mari kita bebaskan pemimpin agung kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Jika tidak, selama-lamanya rasuah dan penyelewengan akan berlaku. Wang rakyat termiskin pun mereka telan dan mereka tidak berasa bersalah, malahan Annuar Musa menjadi penganjur Konvensyen PPRT- Cara-cara menyamun wang rakyat termiskin.

(Dapatkan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar dan Novel Politik TEMBOLOK dengan memesan melalui ummu_natasya@hotmail.com)

- Ummu Natasya 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com