UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pak Lah tak lelap tidur bila foto Najib-PM tersiar

ENTAH boleh tidur atau tidak Pak Lah, hanya Datin Seri Endon Mahmood Ambak sahaja yang tahu. Sampai hati Dato' Seri Najib Tun Razak merasuah wartawan Utusan Malaysia (sebut Meloya) untuk menyiarkan foto berwarna wajah Perdana Menteri, Najib, Syed Hamid dan Law Hieng Deng di muka depan akhbar itu, 19 Februari lalu.

Di muka 3 akhbar yang sama, foto berwarna Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali bersama Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Syed Hamid pula disiarkan. Berdebar jantung Pak Lah. Khabar bertiup kencang, Perdana Menteri sudah tidak lagi memeprcayai Pak Lah yang didakwa terlalu lembab, rasuah dan mempunyai rangkaian keluarga yang cukup kuat berniaga.

Menantu Pak Lah yang baru pula, tukang panggil Menteri-Menteri bertanya apakah Menteri-Menteri ini sokong Pak mertuanya atau tidak. Perdana Menteri udah dapat cerita ini dan salah seorang Menteri yang kena panggil dengan anak dan menantu Pak Lah ialah Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Pak Lah nyata seorang menteri yang cukup lemah. Isu pendatang asing tidak berjaya diselesaikan. Dalam seminggu dua atau tiga keputusan dibuatnya, bercanggah. Dia juga bercanggah dengan Rais Yatim kaki pengampu. Pak Lah juga bercanggah dengan Menteri Sumber Manusia, Dr. Fong Chan On dalam kes pekerja dari Bangladesh.

Rasuah yang berlaku dalam pasukan polis, imigresen dan pegawai-pegawai KDN adalah disebabkan Pak Lah seorang menteri yang terlalu lemah, mudah dipermainkan pegawai-pegawainya sendiri.

Dr. Mahathir mempunyai banyak bukti yang Pak Lah mengamalkan rasuah. Adik beradik Hendon cukup kuat berniaga dengan bantuan Pak Lah. Besan mereka juga berniaga besar-besaran selepas Pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pak Lah juga tidak habis-habis merengek dengan PM mahukan kerusi Menteri Kewangan kerana khuatir Najib menjadi pilihan nombor satu Dr. Mahathir.

Agenda Utusan Malaysia (sebut Meloya) ialah mahu menjatuhkan Pak Lah. Tidak ada sebab mengapa foto berwarna PM dengan Najib perlu disiarkan di muka depan akhbar itu.

Perdana Menteri juga tahu, Pak Lah tidak boleh sehaluan dengan Menteri Besar Kedah, Syed Razak Syed Zain.

Dr. Mahathir Mohamad juga tahu Pak Lah tidak seronok dengan Dato' Seri Shahidan Kassim kerana Pak Lah merancang mahukan Zahidi Zainol Abidin sebagai Menteri Besar Perlis jika dia menjadi Perdana Menteri.

Di Johor, Pak Lah dan orang-orangnya menyebarkan cerita PM akan berundur sebelum pilihan raya umum akan datang. Maka, dia akan menjadi Perdana Menteri. Timbalannya mungkin Syed Hamid Albar ataupun Datuk Seri Ali Rustam.

Mengapa Utusan Malaysia (sebut Meloya) beria-ia sangat hendak mendedahkan rasuah polis dan imigresen jika bukan kerana nak memalukan Pak Lah.

Mengapa Utusan Meloya beria-ia sangat memberikan fokus soal pendatang asing jika bukan kerana nak memalukan Pak Lah.

Dan mereka percaya serangan mereka itu akan menyebabkan Pak Lah tersungkur! Apakah Dr. Mahathir tidak terlibat apa-apa dalam hal ini? Annuar Musa yang terkenal sebagai orang Pak Lah juga khabarnya diselamatkan oleh Pak Lah dari dakwaan melakukan penyelewengan wang PPRT.

(Dapatkan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar dan Novel Politik TEMBOLOK tulisan Dharmala NS dengan memesan terus dari ummu_natasya@hotmail.com)

-Ummu Natasya 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com