UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




ZAM tak layak berbicara soal keadilan

KENYATAAN MEDIA

PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa hairan dengan kenyataan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Senator Datuk Zainuddin Maidin yang meminta Persatuan Ulama Malaysia (PUM) 'berlaku adil' dan 'tidak berat sebelah' dalam mengemukakan laporan kepada Majlis Raja-raja Melayu berkaitan tindakan beberapa orang penulis yang menghina Islam.

Permintaan Zainuddin supaya PUM 'berlaku adil' dan 'tidak berat sebelah' adalah bertentangan dengan sikap beliau sendiri yang begitu ekstrim dan melampau ketika berhadapan dengan lawan politik BN.

Ketika menerajui Kumpulan Utusan, Zainuddin cuba mempopularkan konsep 'professional bias' - satu konsep picisan kewartawanan yang menghalalkan sikap tidak profesional dalam laporan akhbar. Berdasarkan konsep itu, media dibolehkan untuk tidak berlaku adil kepada pihak-pihak yang tidak secocok pendiriannya dengan pemilik sesebuah akhbar. Tidak hairanlah jika Utusan Malaysia yang dimiliki Umno meneruskan tradisi bermusuhan dengan parti-parti politik lawan BN hasil konsep 'professional bias' itu.

Setelah dilantik senator dengan ihsan Presiden Umno, Zainuddin memperalatkan saluran rasmi awam iaitu RTM untuk kempen politik BN. Taraf RTM sebagai 'saluran media milik awam' telah diselewengkan menjadi 'jentera propaganda Umno dan BN' khususnya untuk membentengi pengaruh politik PAS dan parti-parti politik pembangkang.

Kesimpulannya, Zainuddin bukanlah seorang yang mempunyai kredibiliti untuk bercakap tentang 'keadilan' kerana sikap beliau sendiri yang mencemarkan etika dan martabat kewartawanan demi kepentingan politik BN.

TAUFEK YAHYA
Setiausaha Perhubungan
PAS Wilayah Persekutuan

Dikeluarkan di Kuala Lumpur Pada 6 Februari 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com