UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Majlis Minum Teh Bersama YB Batu Gajah, Sdri. Fong Po Kuan Dari DAP Anjuran PAS Kawasan Ampang Jaya.

Majlis tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 2 Feb 2002 di Restoran Sharifah, Ampang Tasik Tambahan, Ampang pada jam 5.00 petang.

Tujuan majlis adalah untuk memungut derma kepada YB Fong yang telah digantung dari Parlimen dan ditahan elaun selama 6 bulan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang zalim itu.

Lebih 200 orang telah hadir termasuk masyarakat bukan Islam khususnya dari kaum Cina.

Turut hadir adalah Dr. Hatta Ramli dan ADUN Kajang, YB Dr. Shafie Abu Bakar.

YDP PAS Kawasan Ampang Jaya, Haji Sarom Haji Jais, telah di akhir majlis menyampaikan sumbangan Kawasan kepada YB Fong.

Menurut Haji Sarom, walaupun DAP bukan lagi di dalam BA tetapi di atas semangat menentang kezaliman dan menegakkan keadilan maka PAS Kawasan Ampang Jaya telah menganjurkan program petang itu.

Beliau juga berkata rakyat Malaysia tanpa mengira kaum perlu menyatakan bangkangan terhadap polisi penindasan dan "bullying tactics" Kerajaan Barisan Nasional yang tidak bermaruah itu.

Sementara YB Fong berkata, majlis hari itu adalah di antara majlis minum teh yang teramai yang beliau telah hadiri sempena sokongan terhadap beliau.

Program hari itu adalah menyahut saranan Ketua Pemuda PAS, YB Mahfuz Omar, supaya PAS membantu wakil rakyat DAP itu. Inilah program minum teh pertama di antara YB tersebut dan sebuah Kawasan PAS.

Iskandar A. Samad
TYDP PAS Kawasan Ampang Jaya
4 Feb 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com