UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Koleksi ceramah lama

Assalamualaikum.

Untuk kita maju kehadapan dengan lebih cemerlang kita seharusnya selalu menoleh ke belakang mengkaji keadaan lalu. Untuk itu, WebRTV PAS Parit Buntar telah berusaha mengumpul kaset-kaset ceramah lama untuk dirakam sebagai koleksi dan untuk dihayati terutama generasi baru dalam dunia politik Malaysia.

Antara yang baru adalah Ceramah oleh Ustaz Jamal Isa, seorang pimpinan HAMAS sempena 50 tahun satu ketika dulu yang diterjemahkan oleh ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Juga terrdapat ceramah oleh Ustaz Fathi Yakan, seorang ulama' haraki muktabar mutaakhir bertajuk Manhaj Nabawiah yang diterjemahkan oleh TG Ustaz Hadi Awang.

Walaupun ceramah tersebut tidak lengkap kerana hanya satu tape sahaja yang ada pada WebMaster, ianya masih berguna untuk telitian kita bersama.

Juga terdapat ucapan oleh Ustaz Awang Bakar, Ketua Dewan Ulama' Terengganu semasa ucapan penangguhan Muktamar PAS yang ke 29, hampir 20 tahun lepas yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Insyaallah banyak lagi ceramah-ceramah lain akan dirakam. WebMaster juga mengalu-alukan jika ada yang sudi meminjamkan tape ceramah lama untuk dirakam. Moga-moga ianya akan menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai untuk kajian generasi akan datang.

Untuk mendengarnya silalah ke Laman WebRTV PAS Parit Buntar di

http://paritbuntar.parti-pas.org/webrtv/

Wassalam.

WebMaster PASPB






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com