UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tekanan ke atas PASTI sebahagian perancangan Zionis

PARIT BUNTAR 18 Feb 2002 (PASPB) - Tekanan ke atas PASTI boleh dilihat sebagai sebahagian perancangan Zionis peringkat antarabangsa yang cuba mengganggu sistem pembelajaran umat Islam dalam usaha untuk melemahkan umat Islam.

Ustaz Idris Ahmad berkata demikian di majlis di Sungai Kota di sini semalam. Beliau dengan nada berseloroh mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana telah mempromosi PASTI hingga ke New York.

Dr. Mahathir dalam ucapannya di Persidangan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di New York telah menuduh ada kalangan pembangkang di Malaysia yang telah menggunakan PASTI untuk mendidik kanak-kanak supaya benci kepada pimpinan tertentu dalam kerajaan.

"Dr. Yusuf Qardawi telah mengkritik zionis Amerika yang telah mula mendesak supaya perkara-perkara tertentu digugurkan dari silibus pelajaran yang diajar disekolah-sekolah milik ogranisasi Islam di Amerika." ujar Ustaz Idris

Amerika yang dikuasai oleh zionis telah menggunakan berbagai cara untuk mendesak kerjaan-kerajaan di negara-negara umat Islam di seluruh dunia untuk menekan pertubuhan-pertubuhan Islam terutamanya yang terlibat di dalam sistem pendidikan.

Yang paling ketara sekali tambah Ustaz Idris lagi dapat dilihat di Pakistan di mana kerajaan pimpinan General Musyarraf telah menutup beratus-ratus sekolah agama dengan alasan terlibat dengan rangkaian "pengganas".

Malaysia juga kata beliau sedang mengikut langkah tersebut dimana selain tekanan keatas PASTI, terdapat maklumat yang mengatakan kerajaan tidak akan meneruskan bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat seperti sebelum ini.

Ustaz Idris sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Pusat hadir dimajlis tersebut bersama YB Ahmad Azhar dalam siri lawatan Pimpinan Pemuda Pusat untuk bersama rakyat. Ketua Pemuda Kedah, Saudara Aris Awang yang juga Exco Pemuda PAS Pusat turut hadir bersama Ustaz Idris. Majlis tersebut adalam majlis pertemuan YB Ahmad Azhar dengan pemuda setempat. Beliau sebagai wakil rakyat kawasan itu telah menyumbangkan bola untuk pemuda-pemuda di situ.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com