UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PANDANGAN SUHAKAM TERHADAP PERMIT CERAMAH : KERAJAAN BN PATUT BELAJAR TERIMA TEGURAN

KENYATAAN MEDIA (20 FEBRUARI 2002)

PANDANGAN SUHAKAM TERHADAP PERMIT CERAMAH : KERAJAAN BN PATUT BELAJAR TERIMA TEGURAN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menyokong penuh pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mahu Kerajaan BN membenarkan ceramah-ceramah politik sebagai menunaikan hak kebebasan bersuara dan amalan demokrasi di negara ini. DPP Pusat berpandangan bahawa pendirian Suhakam ini adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, prinsip hak hak asasi manusia dan amalan demokrasi.

DPP Pusat sebaliknya sangat kesal dengan sikap para pemimpin BN yang selama ini bukan sahaja mencabul hak asasi rakyat negara secara penuh kebinatangan, tetapi juga turut mengkritik pandangan Suhakam yang dianggap boleh mengundang bahaya kepada negara. Suhakam adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh Parlimen dan dianggotai oleh tokoh-tokoh yang berwibawa, tetapi BN tidak tahu menghormati mereka ketika mereka bercakap supaya rakyat bersyukur kepada 'nikmat yang diberikan' oleh BN.

DPP Pusat mengutuk keras budaya pemimpin BN yang tidak mahu menerima teguran di atas kesilapan dan kezaliman yang dilakukan kepada rakyat. Mungkin sekiranya teguran itu dating dari parti pembangkang, maka ia boleh dianggap teguran politik. Tetapi teguran daripada Suhakam adalah tidak berbau politik sebaliknya mewakili suara rakyat seperti mana kuasa yang diberikan Parlimen kepada mereka. Bukankah Akta Suhakam 1999 disokong penuh ahli Parlimen BN, tetapi mengapa mereka begitu bacul sehingga Suhakam boleh dipermainkan begitu sahaja.

DPP Pusat menyeru kepada seluruh pimpinan BN supaya belajar menerima teguran daripada orang lain sekiranya ingin melihat negara ini terus makmur dan maju. Hakikat bahawa menghalang ceramah adalah satu kezaliman memang tidak boleh dinafikan lagi. Maka teguran ikhlas daripada Suhakam sewajarnya dihormati bukannya diiringi oleh kritikan dan ugutan kepada Suhakam. Budaya ugut ini hanya layak diperlakukan oleh pemimpin BN kepada orang kampung yang tidak berpelajaran bukannya kepada pesuruhjaya Suhakam yang berwibawa. DPP Pusat juga mengajak rakyat supaya menilai kembali akhlak dan adab pemimpin BN yang akan meneruskan kesinambung pemerintahan negara sebelum mereka menghancurkan negara ini suatu hari kelak.

MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com