UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mendesak pihak polis supaya membebaskan Ustaz Ahmad Jibbadz Mukhlis Mokhtar Ghazali

KENYATAAN AKHBAR

Dewan Pemuda PAS Perak mendesak pihak polis supaya membebaskan Ustaz Ahmad Jibbadz Mukhlis Mokhtar Ghazali yang ditahan baru-baru ini di bawah ISA. Tangkapan tanpa sebarang sebab munasabah mengapa beliau ditahan adalah tindakan tidak berperikemanusiaan dan zalim. Sekiranya beliau didapati terlibat dengan apa jua tuduhan jenayah atau yang bersangkut dengan keselamatan dalam negeri pihak polis polis hendaklah membuktikan di mahkamah.

DPP Perak mendesak sepanjang beliau ditahan beliau hendaklah diberi peluang berjumpa dengan mana-mana peguam dan berpeluang berjumpa dengan ahli keluarganya. Tindakan menahan dan menafikan hak ahli keluarganya berjumpa dengannya dan menghalang berjumpa dengan peguam bela adalah tindakan zalim dan bertentangan dengan hak-hak asasi manusia.

DPP Perak juga mendesak pihak polis supaya menyatakan apakah bentuk kesalahan Ustaz Mukhlis sehingga diperlakukan begitu, setahu DPP Perak beliau tidak lagi aktif dalam mana-mana peringkat parti,beliau hanya mengajar di sekolah agama rakyat Ehya' Al Sharif, Gunung Semanggol, beliau juga aktif sebagai guru dakwah yang mengajar di surau-surau sekitar bandar Taiping dan Bagan Serai. Sekiranya beliau cuba dikaitkan dengan ajaran syiah sepatutnya Jabatan Agama Islam Perak dan Mufti yang mesti mengambil tindakan dengan memanggilnya supaya beliau dapat membela diri terhadap tuduhan ini bukan dengan menahan tanpa bicara kemudian dikurung di kem Kemunting. Sekiranya beliau cuba dikaitkan dengan KMM pihak polis juga diminta membuktikannya.

Tindakan menangkap dan menahan siapa sahaja di bawah ISA di ketika seluruh umat Islam sedang sebuk menyambut ketibaan Aidil Adha adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan , apatah lagi tangkapan yang dibuat adalah tindakan yang jelas apa maksud dan tujuan,sehingga kini pihak polis tidak mengemukakan sebab-sebb tangkapan dibuat sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai dan anak-anak muridnya serta ibu bapa yang ingin tahun apa sebab ustaz Mukhlis ditangkap.

DPP Perak merayu pihak keselamatan tidak menggunakan sewenang-wenangnya ISA untuk menangkap siapa sahaja tanpa membicarakan di mahkamah kerana perbuatan ini hanya menyebabkan rakyat semakin benci kepada kerajaan di atas tindakan yang zalim itu.

Mohd Misbahul Munir Hj Masduki
Ketua Pemuda PAS Perak.
22hb. Februari 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com