UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




KENAIKAN TARIF TALIFON : SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN

KENYATAAN MEDIA (21 FEBRUARI 2002)

KENAIKAN TARIF TALIFON : SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tindakan kerajaan yang melaksanakan pengimbangan tarif talifon mulai Mac tahun ini kerana ia secara langsung memberikan kesan yang buruk kepada pengguna keseluruhannya. DPP Pusat melihat bahawa pengimbangan tarif ini telah menyebabkan kerajaan melepas tanggungjawab social dengan mengurangkan subsidi kepada panggilan tempatan yang secara langsung merupakan kenaikan tarif talifon.

Dengan mengurangkan subsidi kerajaan, maka rakyat terpaksa menanggung kos baru yang lebih tinggi untuk menggunakan khidmat telekominikasi. Walaupun kerajaan mendakwa perseimbangan ini akan menguntungkan pengguna antarabangsa dan kebangsaan, namun sebahagian besar rakyat negara ini terutama rakyat miskin di luar bandar adalah pengguna panggilan tempatan. DPP Pusat tidak nampak bagaimana strategi kerajaan untuk menggalakkan penggunaan komputer dan internet di setiap rumah sedangkan tarif talifon dinaikkan. Bukankah penggunaan internet termasuk dalam panggilan tempatan dan ini menjejaskan kecenderungan rakyat untuk terus berkomunikasi dengan maklumat.

DPP Pusat melihat bahawa pengguna sepatutnya diberikan tumpuan utama oleh kerajaan kerana merekalah yang memberikan sumbangan untuk membangunkan industri telekomunikasi ini. Sekiranya semua pengguna bertindak memulaukan semua kemudahan komunikasi, maka sudah tentu semua syarikat komunikasi akan hancur. Kerana itu kepentingan pengguna mesti dijaga, bukannya kepentingan syarikat semata-mata. DPP Pusat juga kesal dengan sikap Kerajaan BN yang semakin sehari semakin tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Setelah kerajaan melepaskan pelbagai tanggungjawab dengan menswastakan agensi kerajaan, kini kerajaan dalam proses menamatkan subsidi kepada rakyat sedangkan cukai terus dikutip. Kerajaan sepatutnya berusaha mempertingkatkan kemudahan kepada rakyat bukannya mencari jalan untuk melepaskan tanggungjawab social kepada rakyat.

DPP Pusat juga sangat hairan bagaimana kerajaan boleh bercadang untuk menaikan tarif talifon sedangkan Syarikat Telekom Malaysia telah mencatatkan keuntungan yang besar sehingga boleh menaja pelbagai aktiviti bertaraf dunia. Setelah mencatatkan keuntungan besar sehingga boleh menganjurkan kejohanan bertaraf dunia, mengapakan kerajaan masih mahu membebankan rakyat. Atau apakah selama ini Telekom tidak mencatat keuntungan tetapi dipaksa untuk menaja kejohanan tersebut bagi menaikkan nama Kerajaan BN, kemudian rakyat diperas untuk mendapatkan kembali kos tersebut!

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com