UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pemikiran Cetek Pemimpin UMNO/BN

Peristiwa ceramah di Kuala Ketil baru baru ini adalah merupakan satu lagi bahan murahan UMNO/BN untuk mengelirukan rakyat dan menyerang tanpa belas PAS sekonyong konyongnya.

Peristiwa tersebut memberi alasan kepada UMNO untuk mengiakan tuduhan mereka selama ini bahawa "sahlah PAS parti pengganas" Apa yang mereka lupa dalam keghairahan menyerang PAS ialah, kenyataan-kenyataan mereka itu menelanjangkan kebodohan dan kedengkilan otak mereka.

Mereka hanyalah pemimpin yang bertindak atas sentimen dan emosi politik dan bukan bertindak atas keilmuan dan keterampilan diri.

Fakta ini boleh dilihat dalam beberapa kenyataan.

1. Mengkritik kerajaan bukan bermakna mahu menimbulkan huru hara

2. Ceramah adalah pentas demokrasi untuk menyuarakan pandangan dan bukan pentas untuk merusuh.

3. Kerja polis ialah mengawal hak bersuara ini bukan menghalangnya daripada dilaksanakan

4. Mereka kena faham mengapa orang ramai marah mesti ada sebab , takkanlah datang ceramah nak cari gadoh dengan polis?

5. Cara kekerasan polis menghalang ceramah atas apa juga alasan hanya akan melahirkan keganasan yang lebih teruk dan demikianlah seterusnya kekerasan melahirkan keganasan.

6. Semua ini adalah umpan kerajaan untuk terus merosakkan imej pimpinan PAS yang tidak menghormati undang undang, menyokong pengikut bertindak ganas dan keras kepala.

Serangan ke atas pimpinan PAS yang terus berazam untuk 'berceramah' menelanjangkan kebodohan Shahidan , Rustam, Liong Sik, Mustafa Mohammad dll yang sama waktu dengannya. Pemimpn UMNO BN jahil erti Kebebasan Bersuara yang di peruntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Akta Polis yang digunakan untuk menghalang ceramah PAS adalah kerdil dibandingkan Hak dalam Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya Akta Polis tunduk pada Perlembagaan Persekutuan sebagai menjaga keamanan ketika hak itu diamalkan bukan menyekat hak itu dari diamalkan!

Pemimpin UMNO/BN terlalu bodoh untuk memahami simple mathematic ini kerana mereka bercakap untuk memenuhi satu grand design mengharamkan PAS sebagaimana yang telah diarahkan oleh pengarah skrip bukan mereka bercakap atas ilmu tentang apa itu demokrasi. Lagipun mereka tidak pernah merasakan keenakan demokrasi kerana gara kepimpinan mereka ala komunis! Mana ada orang boleh dakwa gula manis kalau saban hari dok telan garam saja!

Dengan terdedahnya kebodohan pimpinan UMNO /BN ini maka eloklah kita nasihat mereka janganlah bercakap tentang demokrasi lagi kerana mereka tak appreciate apa itu demokrasi. kalaulah demokrasi hanya untuk mendengar golongan majoriti sahaja bak kata Liong Sik , tak payahlah ada Parlimen , DUN mahupun Pembangkang, biar sahaja keputusan negara diambil alih oleh seorang ketua yang cakapnya mesti ditaati walaupun memangsakan majoriti rakyat.

Parlimen jadi rubber stamp, wakil rakyat tukang angguk , menteri jadi jaga saja , rakyat tukang sorak dan akhirnya yang mengurus negara hanya PM yang bertindak sebagai tokeh dan tak lupa pihak keselamatan jadi pak pacak jaga tokeh.

Rakyat pula diharamkan daripada pengkayaan minda. UMNO/BN mahu rakyat jadi satu hala , jangka panjang adalah kurang bijak kerana kemarahan dan keinginan untuk mendengar satu hala lagi akan meletup menjadi volcano yang mungkin menamatkan riwayat pemimpin UMNO BN.

Mujahid Hj Yusof Rawa
Exco Pemuda PAS Pusat
K. Penerangan PAS Melaka






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com