UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pemuda UMNO mesti tuntut Dr Mahathir mohon maaf

KENYATAAN AKHBAR

Pemuda UMNO sepatutnnya menegur Presiden mereka sendiri dan menuntut supaya presiden mereka Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad memohon maaf kepada seluruh ahli PAS dan umat Islam yang lain serta bertaubat kepada Allah kerana membuat ucapan dengan memfitnah dan menuduh PAS dan ahli-ahlinya ganas,menuduh kononnya PASTI mengajar anak-anak murid membenci pemimpin kerajaan dan mengajar anak-anak murid PASTI menjadi ganas sedangkan beliau tidak pernah membuktikan dakwaan apabila dicabar oleh Pemuda PAS membuktikan dakwaannya, Pemuda UMNO juga mesti menuntut Dr. Mahathir Mohammad supaya memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anuar Ibrahim dan ahli keluarganya kerana menuduh kononnya Datuk Seri Anuar Ibrahim sengaja menumbuk matanya sendiri untuk mendapat simpati daripada orang ramai sedangkan siasatan oleh Suruhanjaya membuktikan Ketua Polis Negaralah yang melebamkan mata Anuar Ibrahim, Pemuda UMNO juga mesti menuntut supaya Dr. Mahathir Mohammad memohon maaf kepada Datuk Seri Dr. Anuar Ibrahim kerana tuduhan liwat dan zina sedangkan beliau tidak berani tampil sebagi saksi di mahkamah apabila disapina oleh mahkamah bagi membuktikan dakwaannya, Pemuda UMNO juga mesti menuntut Dr. Mahathir Mohammad supaya bertaubat dengan membuat pengistiharan secara terbuka kepada seluruh umat Islam kerana tindakannya yang membuat ucapan menghina hukum-hukum Islam, menghina Rasulullah saw. yang tidak mencukur janggut kononnya tidak ada pisau cukur dan sebuk naik unta di tengah padang pasir, menghina Saidina Hamzah Abdul Mutalib yang syahid dalam perang Uhud tidak dimandikan kononya kerana tidak ada air, memperlekeh para ulama silam yang kononnya mentafsirkan al Quran dan Hadis untuk kepentingan politik, memperlekehkan pedagang-pedagang Islam yang berjasa besar mengembangkan dakwah Islamiah ke Nusantara kononnya pendakwah-pendakwah tersebut hanyalah pedagang-pedagang yang tidak banyak ilmu, dan lain-lain tuduhan jahat yang dilemparkan oleh Dr.Mahathir.

Pemuda UMNO juga mesti menuntut supaya Dr. Mahathir turut minta maaf kepada wartawan-wartawan asing yang pernah dikecamnya kerana kononnya wartawan asing membuat lapuran yang tidak betul terhadap suasana politik tanah air, Pemuda UMNO juga mesti menuntut Dr. Mahathir Mohammad memohon maaf kepada Kerajaan dan rakyat Terengganu kerana merampas hak royalti minyak kerajaan dan rakyat Terengganu dengan cara memulangkannya kembali kepada yang berhak.

Dewan Pemuda PAS menyeru Pemuda UMNO supaya berani juga menegur kepimpinan Dr. Mahathir Mahathir yang tindak tanduknya bukan sahaja dipertikaikan oleh rakyat Malaysia bahkan masyarakat antarabangsa, Pemuda UMNO jangan hanya menjadi tukang angguk, pak turut, tukang ampu dan yang paling parah bagai lembu yang dicucuk hidung mengikut sahaja ke mana hendak dibawa.

Pemuda UMNO jangan hanya berani mengutuk dan menegur Perdana Menteri Singapura dalam isu tudung, tetapi hendaklah berani juga bersuara lantang menegur pihak kerajaan yang masih lagi tidak membenarkan pegawai-pegawai polis wanita bertudung sewaktu menjalankan tugas, dan menegur pentadbiran sebuah kolej swasta di Melaka yang masih belum membenarkan pelajar-pelajar wanitanya bertudung, menegur juga pengurusan MAS yang tidak membenarkan paramugarinya bertudung sewaktu menjalankan tugas dalam kapal terbang.

Dewan Pemuda PAS juga menyeru supaya Pemuda UMNO mendesak pemimpin tertinggi kerajaan meniru langkah yang dibuat oleh kerajaann PAS & BA Terengganu yang berani mengadakan dialog terbuka dengan rakyat untuk mendengar sendiri keluhan, masalah, dan kritikan serta teguran rakyat kepada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri.

Pemuda UMNO tidak perlu menuntut YAB Menteri Besar Terengganu memohon maaf secara terbuka kepada wartawan sekiranya Pemuda UMNO tidak berbuat demikian terlebih dahulu kepada Presiden UMNO sendiri supaya berbuat demikian di atas pembohongan, ucapan penghinaan dan sebagainya yang dilakukan selama ini oleh Dr. Mahathir Mohammad.

MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI
SETIAUSAHA DPP PUSAT

23 FEBRUARI 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com